Saturday, September 21, 2013

La Taghdab !!


Bismillah ^___^
Assalamualaikum ...


Alhamdulillah ..
Beberapa hari lepas, Dengan Izin Allah akhirnya buku " Tuhan Sedang Menguji kita " by Ustaz Kazim Elias (UKE) menjadi milik Dibah.  Dah lama Dibah cari buku ni dekat area sini.  Kakak yg jaga kedai tu senyum ja tengok Dibah.  Ya la, dah berapa kali duk keluar masuk kedai dia dengan perasaan hampa heee


Malam ni, InsyaAllah Dibah nak kongsikan salah satu tajuk yg ada dalam buku ni.  " La Taghdab, Redakan Kemarahanmu .."

Sepotong hadis yg bermaksud, " Diriwayatkan daripada Aisyah r.a telah bersabda  Nabi s.a.w, " Bahawasanya daripada yg sempurna orang mukmin pada imannya ialah yg lebih elok mereka itu pada perangainya dan lemah lembut mereka itu dengan ahlinya." ( Hadis Riwayat Aisyah )



Rasulullah menganjurkan kita agar jangan suka marah-marah.  Anjuran ini seharusnya direnungi dan dihayati dengan hati terbuka. Apa yg pasti, itu bukan bermakna bahawa kita tidak boleh marah.  Tapi biarlah kemarahan itu digunakan di tempat yg betul.


Kategori Marah .. Kita Di Mana ??

Sebagai muhasabah kita bersama, mari renungi empat peringkat marah yg digariskan.  Kemudian cuba renungi di manakah kedudukan kita dalam kategori marah ni.



1) Orang yg cepat marah dan lambat reda.

Orang yg berada dalam kategori ni dianggap sebagai teruk.  Sudahlah cepat timbul kemarahan, lambat pula redanya.  Orang akan ambil masa yg agak lama untuk memujuknya.

2) Orang yg cepat marah dan cepat reda.

Ni adalah marah seperti kemarahan Nabi Musa kepada Nabi Harun.  Kemarahan Nabi Musa dapat dilihat setelah baginda pulang dari mengambil kitab Taurat.  Sebelum berangkat, Nabi Musa telah berpesan kepada saudaranya, Nabi Harun agar menjaga umat mereka.  Namun setelah pulang, baginda melihat umatnya menyembah patung anak lembu.  Lalu ditariknya janggut Nabi Harun.


" Aku dah kata dah, jaga umat kita.  Kenapa kamu biarkan mereka sembah berhala? " marah Nabi Musa

Melihatkan kemarahan Nabi Musa, Nabi Harun kemudian berkata, " Wahai anak ibuku.  Janganlah kamu marah kepadaku.  Aku telah menasihati mereka.  Tapi mereka enggan mengikutinya. "

Mendengar perkataan " Wahai anak ibuku " yg keluar dari mulut Nabi Harun, Nabi Musa kemudian melepaskan tangannya.  Kemarahan baginda kemudian reda.  Lihat, inilah contoh mereka yg mempunyai kemarahan seperti Nabi Musa iaitu cepat marah dan cepat reda.


3) Orang yg lambat marah dan cepat reda.

Orang yg termasuk dalam kategori ni menunjukkan reaksi yg sedikit cool.  Katalah apa sahaja kepadanya, dia tidak akan marah-marah.  Walaupun dikutuk, dikata pelbagai gelaran, dia hanya tersenyum.  Tapi apabila dia marah, hah.... Siaplah ! Semua orang akan terkejut.  Namun setelah orang yg bersalah kepadanya meminta maaf, dia sudah memaafkan.  Bagus kan !

4) Orang yg lambat marah dan lambat reda.


Inilah jenis kemarahan yg paling teruk.  Lambat marah tetapi mengambil masa yg lama untuk pulih kembali.  Kemarahan begini ada pada Damak, watak Nordin Ahmad dalam cerita Seri Mersing.  Lambat marahnya tetapi apabila dia marah, merajuknya begitu teruk.  Masih ingatkan dialog yg membabitkan ibunya, Buruk dan Pak Malau?

Akibat marahnya, Damak merajuk sehingga ingin pulang ke Pahang.  Meskipun Pak Malau memujuk, namun tidak dilayannya.

" Damak, aku ada hajat besar dengan kau, Damak. "
" Sebelum Pak Malau sampaikan hajat Pak Malau, biarkan saya sampaikan hajat saya Pak Malau. "
" Apa hajat kau Damak? "
" Saya ingin pulang ke Pahang. "

Pak Malau tidak berputus asa.  Lalu dipujuknya Damak agar tidak meneruskan hajatnya itu.


" Janganlah begitu Damak.  Kau tinggallah di Mersing ini.  Kau kahwinlah dengan Sri. "

Damak menjawab, " Kajang Pak Malau, kajang berlipat.  Kajang hamba mengkuang layu.  Dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba terbuang lalu. "


Buruk bukan merajuk Damak ni, kan?

P/S : Nasihat UKE :
Sentiasalah bersabar apabila terasa ingin marah.  Seandainya merajuk, janganlah terlalu teruk seperti Damak.  Berpada-padalah.  Sekiranya ada khilaf sesama kita, jadikanlah sebagai sempadan.  Buang yg keruh, ambil yg jernih.

Haaa, Dengar tu nasihat Ustaz.  Dop molek marah-marah

 



Islam mengajar kita cara yg patut kita lakukan untuk mengawal rasa marah.  Jadi selamat beramal   ◕‿-


Lailah Saedah  ◕‿◕

Friday, August 16, 2013

Ramadhan Kali Ini (2013 )

Bismillah ^____^
Assalamualaikum :)





Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un ....
Ramadhan tahun ni Allah menurunkan musibah sebagai tanda sayang dan peringatan kepada Dibah sekeluarga :') Pada Ramadhan ke-3 ( 12/7/2013 ) terasa luluh jantung mak dan Dibah semasa menerima panggilan daripada pihak hospital bahawa ayah terlibat dalam kemalangan dan berada di dalam wad kecemasan.  Dibah hanya mampu berdoa supaya ayah dipanjangkan umur dan berada di bawah lindunganNya.  Cemas bila tak berhenti menerima panggilan telefon daripada saudara mara.  Lagi cemas bila melihat keadaan traffic yg sangat jam.   Pergerakkan kereta  ygsangat2 perlahan ... " Allah.  Halangan jenis apakah ni.  Aku hanya nakk jumpa ayah .. nakk tengokk keadaan ayah ... tolong permudahkan perjalanan kami ni Ya Allah .." getus hati kecil ni sambil menangis.  Yaaa hanya air mata yg menjadi teman setia pada masa itu.  Dari cermin sisi Dibah nampak air mata mak mengalir apabila kami tak dapat melepasi kepungan beribu2 buah kereta.  Allah .... Dibah paham apa yg difikirkan mak.  Kami sama2 takut andai berlaku kehilangan lagi ....

" Assalamualaikum ... adikk, ayah tak dapat nak pi ambil adikk dekat matrik sebab tayar motor ayah pancit laa. Ayah ada dekat kedai motor sekarang ...."  " Adikk, ayah dah selamat sampai rumah tapi sekarang ayah dok tidur sebab sakit kepala tolak motor tengah2 panas ... "  Dibah terpaksa menipu pada saat tu ='( Allah ... Dibah dengan makk risau kalau adikk buat tindakan yg tak masuk akal apabila menerima berita kemalangan tu nanti.  Mak cuba yakinkan adikk bahawa ayah akan ambil dia balikk dari matrik pada keesokan hari.  Alhamdulillah ... Kami berjaya menyakinkan dia.

10 minit sebelum azan maghrib, kami tiba di perkarangan wad kecemasan Hospital.  Kaki terasa berat nak melangkah.  Takut nak tengokk keadaan ayah.  Mak bergegas dapatkan paman.  Kebetulan paman cuti pada hari tu, jadi mak minta tolong paman gi tengok keadaan ayah dulu dekat hospital sementara Dibah dan mak nak sampai.  Mak masuk ke bilik kecemasan untuk melihat keadaan ayah.  Beberapa minit selepas tu mak keluar dari bilik kecemasan sambil berbincang dengan paman.  Pada masa tu Dibah tak dapat nak tengok keadaan ayah lagi.  Dibah dapatkan mak.  Dibah takut bila tengok riak muka mereka yg serius .... " Mak, ayah macam mana ...? " Mak diam.  Mak suruh Dibah masuk untuk tengokk ayah.  Allah ... " Kak tak nak masuk ... takut ='(  " Paman temankan Dibah sambil menunjukkan arah untuk ke tempat ayah ... Selepas melepasi satu pintu tu, Dibah dah mula nampak kaki ayah.  Dibah kuatkan diri untuk maju kehadapan sambil tahan air mata dari mengalir.  Allah ... Ayah ='( muka ayah nampak bengkak dan pucat.  Allah ... Dibah nampak tangan ayah dibalut.   Kaki ayah dibalut, tapi ayah masih tersenyum ... 

Selepas selesai solat maghrib dan isyak, ayah dipindahkan ke wad.  Dibah tak berani nak temankan ayah dalam wad sebab ada seorang pesakit ni tengah meraung sakit.  Tak sanggup nak dengar raungan tu.  Allah. ='( Dibah tunggu di luar wad. Dibah tengok keseriusan adik2 mak dan mak berbincang.  Hati mula tak tenang  " kenapa semua nampak tegang.  kenapa dengan ayah ..." Macam2 persoalan yg tak terjawab bermain di minda.  Dibah mula rasakan sesuatu.  Tanpa tak sedar air mata Dibah meluncur keluar dengan laju.  Otak dah mula serabut.   Bibir tak berhenti dari berzikir.  Hati tak berhenti merayu kepada Allah supaya selamatkan ayah.  Tetiba .... handphone bergetar.  Tengok2 adikk yg telefon.  Apa Dibah nak jawab ... Dibah biarkan telefon bergetar.  Selang beberapa minit dibah mula rasakan handphone mak pulak yg berdering.  Dalam hati " aahh tu mesti adikk, biarkan ..." Dibah cuba ambil masa yg lama untuk tenangkan diri dan cuba mencari tempat yg agak tenang untuk telefon adikk .....

 Akhirnya, Dibah cuba untuk telefon adikk ... " Kenapa semua orang buat adikk macam ni .. Kenapa adikk call mak, mak tak jawab .. Kenapa adikk call kak pun, kak tak jawab .. Jangan buat adikk risau ..." Tak sempat Dibah nak bagi salam, adikk terus terjah Dibah.  Begitu banyak soalan yg ditanya dengan bertubi2  dan Dibah cuba untuk jawab dengan jawapan yg agak munasabah untuk dia. " Kak, adik tak sedap hatilah ..." Tetiba adikk meluahkan kerisauan.  Dibah diam seketika sambil cuba untuk menahan air mata dari mengalir.  " hmm tak sedap hati kenapa ? abaikan rasa hati tu ... adikk pi baca buku eh ... Jangan fikir bukan sangat2 tau ..." Dibah cuba untuk pujuk dia.  Alhamdulillah, adikk mula tenang.  Dalam Dibah cuba untuk jaga keadaan supaya seperti berada di rumah tetiba ada nurse sedang menolak katil pesakit.  " Bunyi apa tu kak .." tanya adikk ... Dengan selamba Dibah jawab " ni kak tengah dok tengok tv laa ...." fiuhhh ...
Pukul 11** malam.  Ayah dipindahkan ke hospital lain atas faktor kelewatan ambil tindakan.  Selama 2 jam ayah berada dalam bilik X-ray dan CT Scan.  Akhirnya pada pukul 2.** pagi ayah dimasukkan ke dalam wad dan akan menjalani pembedahan pada keesokan hari ...

13/7/2013 ( sabtu ), ayah berada dalam dewan bedah dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang :'/ Allah ... Pada jam 5.30 ayah di bawa keluar dari dewan bedah dan dimasukkan ke dalam wad.  Ayah masih tak sedar ... Ayah nampak penat :'(  Dibah tengok nurse2 mula memasang wayar2 untuk menambahkan darah dan air untuk ayah.  Yaa, ayah Dibah mengalami tekanan darah rendah ...  Semoga Allah merahmati penderma2 darah yg sudi mendermakan darah mereka.  Baru dibah sedar betapa pentingnya penderma2 darah ini kepada golongan yg memerlukan.  Allah :')  Selang beberapa minit, Dibah nampak tangan ayah mula bergerak2 tapi ayah masih tak bukak mata.  Hari tu mak temankan ayah di hospital.  Dibah diamanahkan untuk menjaga adik2 dekat rumah.  Satu malam tanpa mak ayah, rumah terasa sunyi :'( Mak terus2an menghubungi kami untuk memberitahu perkembangan ayah.  Alhamdulillah, ayah dah mula sedar.  Terima Kasih Ya Tuhan :')

Setelah seminggu di hospital, akhirnya ayah dah boleh balik.  Selang beberapa minggu tu jugak mak dan Dibah mula tahu keadaan ayah yg sebenar.  Allah, Terima Kasih kerana Engkau berikan ayah peluang kedua untuk terus bersama kami :')  Terima Kasih juga kerana Engkau masih berikan kami peluang untuk bersama ayah :') Syukur tak terhingga.  Alhamdulillah :') Walaupun ayah terpaksa ambil masa yg lama untuk sembuh tapi ayah masih bersama kami.  Alhamdulillah :')

Semasa di hospital, dibah sedar sesuatu. Sebelum kejadian ni, Dibah pernah bersedih sebab tak dapat peluang untuk sambung pengajian ke IPTA.  Dibah kecewa dengan diri Dibah sendiri. Tapi pada masa tu baru Dibah sedar.  Ada hikmah Allah tak takdirkan Dibah untuk ke IPTA :') Ada hikmah kenapa page tu blank semasa Dibah nak buat rayuan.  Bukan sekali tapi berkali2 Dibah cuba tapi tetap blank sehingga dia terus lupa mengenai rayuan.  Dibah redha dengan ketetapan Allah.  Mak perlukan Dibah di rumah  .Yaaa, keluarga harus di utamakan.  InsyaAllah ^__^

Sebelum tu, Terima kasih kepada kawan2 yg sangat ambil berat.  Terima kasih juga kerana datang melawat.  Dibah jadi susah hati tengok dia orang susah hati dekat Dibah ... Eheh :') InsyaAllah, perlahan2 dia orang akan faham kenapa Dibah buat macam tu ^_^ Siapa yg tak nak sambung belajar, kan ? Cuma sekarang bukan rezeki Dibah lagi untuk sambung belajar dalam masa yg terdekat.  InsyaAllah, Allah ada simpan sesuatu yg indah untuk Dibah :') Dibah yakin ^_^ Pesanan buat mereka => " Tolong jangan risau.  Saya ok.  Saya dah besar.  Doakan yg terbaikk tau ....! "

Doakan ayah Dibah, En. Muhd Hasan supaya cepat diberi kesembuhan olehNya. ^_^  20/8, ayah ada appointment ke-2 dekat hospital.  Semoga semuanya positif, InsyaAllah ^_^  Sebelum terlupa
" Taqabballahu minna wa min kum .." Mohon ampun dan maaf jika berlaku kekhilafan :') Semoga Allah memberkhati kita semua ... Allahumma aamin




Friday, June 28, 2013

Nurraysa Collagen Soap !





Bismillah Walhamdulillah ...
Assalamualaikum :)
Kali ni Dibah nak promosikan Produk " Nurraysa Collagen Soap .... "
Selepas promosikan " Bedak Sejuk Tanaka " dekat blog, Alhamdulillah produk tu mendapat sambutan daripada para pembaca ... Syukran Alaik kerana bermuamalat dengan kami ^_^
Mesti ramai yg pernah dengar tentang produk " Nurraysa Collagen Soap kan ?
Produk ni dibah jual dengan harga RM 39 bagi SEM dan RM 44 bagi SS ... ( Include postage )




                                            Ni la rupa bentuk " Nurraysa Collagen Soap "

Produk ni 100% HOMEMADE ...
Bahan2 yg digunakan adalah seperti
PURE MARINE COLLAGEN (bahan asas,100% asli)
❖ HERBA SUSU KAMBING
❖ SARANG BURUNG TERPILIH
❖ GLYCERIN


 Fungsi NURRAYSA COLLAGEN SOAP :
- Menegang, melicin, melembut,melembap dan menyihatkan kulit
- Mengecilkan pori2 dan liang2 roma
- Mencerahkan kulit
- Mengelakkan jerawat
- Mengelakkan kulit berminyak
- Menghilangkan parut

- Merapatkan kewanitaan ( boleh djadikan bahan pencuci feminin )
- Menanggalkan daki2 degil
  

" Nurraysa Collagen Soap " bukan sahaja boleh digunakan oleh kaum wanita tetapi kaum lelaki juga boleh menggunakannya ^__^




Kenapa sabun ni bagus? KERANA

- Kulit  tak kering lepas cuci muka.
- Walaupun kena terik matahari, muka kurang berminyak tetapi masih maintain lembap seperti baru dicuci.
- Memutihkan celah2 kawasan yang yg degil. (peha,ketiak..etc)
- Diperbuat drpd bahan organik, tiada bahan kimia yg merbahaya.
- Glycerin membantu mmbentuk buih2 yang selamat untuk kulit.
- Susu kambing sebagai "pembantu" collagen dalam memastikan kulit lebih cerah, putih tanpa parut.


Cara untuk menggunakannya :- Selepas menggosokkan buih sabun ke muka ... Korang kena tunggu 5 minit dulu sebelum bilas dengan air
 

*** Anda tak digalakkan untuk mengelap muka selepas sudah mencuci ... Biarkan kulit muka anda basah dan kering dengan sendiri ...  Rasai perbezaan Nurraysa Collagen Soap dengan sabun-sabun pencuci muka yg lain  ◕ ‿- ***


Untuk pengetahuan korang, Dibah pun salah seorang pengguna " Nurraysa Collagen Soap " ... Sejujurnya sabun ni sangat best ... Kulit rasa lembut dan sentiasa lembap ... Alhamdulillah ... Dibah dah cuba, Korang bila lagi ...?

BERMINAT ? 
Kalau berminat boleh mesej Dibah di talian ni 0174359469 untuk fast reply ATAU PM di Page Dibah NurImanBeautyCare ◕‿◕




Thursday, June 20, 2013

Bedak Sejuk Tanaka ORI ...!

Bismillah Walhamdulillah :)
Assalamualaikum ...
Mood Dibah hari ni agak terumbang ambing ... huhu 
Atas keyakinan bahawa apa yg terjadi ada hikmah, Dibah kenalah kuat ... Rezeki, InsyaAllah Allah akan bagi di mana2 sahaja ...◠◡

OK ... OK ... Tak nak luah bebanyak sebab tujuan dibah menaip kali ni sebab nak promote salah satu produk yg dijual oleh NurImanBeautyCare iaitu BEDAK SEJUK TANAKA ORI ( direct dari myanmar ) ... Bedak sejuk Tanaka ni memang mendapat sambutan yg menggalakkan ... Alhamdulillah ... Jadi di sini Dibah nak kongsikan keberkesanan bedak sejuk Tanaka ni ... 
Antaranya ialah  :
★ Kecutkan jerawat
★ Haluskan kulit
★ Cerahkan kulit
★ Hilangkan jeragat
★ Lembutkan kulit
★ Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
★ Pelindung cahaya matahari
★ Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
★ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation



Bedak sejuk Tanaka ni ada empat kaler semuanya ... Khasiatnya adalah sama sahaja cuma bau yg membezakan mereka heee, seperti : 

pink - bau rose
hijau - bau lemon
cream - bau original tanaka
putih - bau jasmine
( pelanggan ramai yg bg feedback bahawa warna pink yg paling wangi ... Warna cream dan putih boleh tahan wanginya ) 

Harga adalah mengikut saiz botol seperti :
 Kecil 40 gram - RM 25
Besar 110 gram - RM 35
FREE POSTAGE untuk SEM, SS RM 5 ^^

Cara penggunaan Bedak Sejuk Tanaka :
 (1) Untuk jadikannya sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka rata2 ke seluruh muka dengan menggunakan tangan atau span muka.

(2) Untuk jadikannya sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak tanaka dgn air sebanyak lima titik (jangan banyak air nanti cair ) dan sapukan ke seluruh muka.( kalau nak sapu dibahagian leher pun boleh )
...


(3) Lps 30 min boleh cuci atau nak pakai sepanjang malam sebelum tidur pun boleh.
Keesokan pagi, cuci muka dengan bersih dan rasai perbezaannya 
◕ ‿- 
Dibah juga galakkan pengguna untuk memakai bedak sejuk ni masa nak tidur sebab masa tu kulit kita akan mula bertindak dan masa tu juga sesuai untuk rehatkan kulit ....
 
*** Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER ! ***

Info mengenai TANAKA

Tanaka Powder adalah berasal dari pokok tanaka yg digunakan oleh orang - orang Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat, jeragat dan sinaran matahari. Di Malaysia, TANAKA tidak begitu meluas penggunaan nya namun antara produk yang berasaskan tanaka adalah Bio Essence.

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.

Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh ...



Untuk pengetahuan, bedak sejuk tanaka ORI ( direct dari Myanmar ) dan bedak sejuk Tanaka Tate By D.E.A ( direct dari Nora Danish iaitu telah di REPACK dan REBRANDING guna jenama Company D.E.A ) adalah sama ... Tak ada tipu2 ... Yg Dibah jual adalah ORI dari myanmar ... 




( Ni adalah direct dari Nora Danish yg telah di REPACK dan REBRANDING guna jenama Company D.E.A )



( Ni adalah Bedak Sejuk Tanaka ORI direct dari Myanmar )


Berminat ?
Korang boleh PM di page Dibah Ok ...! Untuk fast reply boleh mesej di talian 0174359469 :)
 
InsyaAllah, Nanti dibah akan cuba updatekan tentang produk2 lain pulak yer :)
Lailah Saedah
Fi Hifzillah  ◕‿◕

 

Tuesday, June 4, 2013

Nur Iman Beauty Care ◕‿-


Bismillah ^_^
Heaakkkkkkk ...
Korang semua sihat ?
Dah lama rasanya dibah tak jengok dan menaip di sini ... Ngeee, Ada yg rindu tak ? Ehem ... Ehem ... Heee Dibah mengusik ja la ...



Dibah ada berita terbaru memandangkan dah begitu lama mendiamkan diri ... For your information, dibah dah mula bergiat dengan bisnes balik ... Hari tu bisnes baju muslimah kan ... Tapi kali ni bisnes kecantikan dan kesihatan diri ... Dibah ada pernah berangan nak buka Spa Muslimah tau ( berangan tu hobi masa lapang,heee ), tapi disebabkan lama lagi nak tunggu angan2 tu menjadi kenyataan jadi dibah create page untuk memudahkan muslimah2 di luar sana berurusan dengan Dibah ... Alhamdulillah, Jeng2 ni la page Dibah di Facebook,NurImanBeautyCare ... Moh lee singgah sambil usya produk apa yg ada :) Like tanda korang support, OK ? Banyak sebab yg menyebabkan dibah buat bisnes berasaskan kecantikan dan kesihatan diri ... Antara sebab2nya ialah, " Tiada siapa yg akan menjaga diri kita kecuali kita sendiri .." Kita memerlukan kecantikan dan kesihatan yg baik supaya self confident tu ada untuk muncul di khalyak ramai ... Kita hanya IKHTIAR untuk yg terbaik dan selebihnya kita serahkan dekat Allah ... Kan ? Sebab yg terakhir dan misi kedua ialah Dibah nak tambah pendapatan, huhu ... Memandangkan Dibah akan mula sambung belajar jadi Dibah kena cari sumber pendapatan sendiri selain bergantung dekat En.PTPTN dan Banker terhormat iaitu mak ayah, heee ... 

Mula2 takut jugak nak buat bisnes berasaskan kecantikan dan kesihatan diri ni tapi disebabkan nak membantu kawan2, Dibah ambil risiko ... Cewaaahhh ayat ... Hehehe ... Harap2 semua berjalan lancar, Allahumma Aamiin ~  

Eh. Lupa pula Dibah nak gitau, page ni masih baru .. Iyer la baru sehari lepas dia born ( 3/6/2013 ) hehehe ... Jadi Dibah nak minta jasa baik korang untuk promote page Dibah tu kepada kawan2 yg memerlukan :) Buleeehhh ? Harga InsyaAllah berpatutan ... I'm trying to give the best price for uoollss ( pikir harga sampai fening, huhu ) Hopefully korang boleh accept harga tu naaaa ... ^_^

OK, Jam dah pukul 12.40 a.m ... Dibah minta diri untuk bum2 dulu naaa ...
Korang2 sebelum tido tu, jangan lupa untuk maafkan diri sendiri dan orang2 sekeliling tau ? Jangan lupa ambil wudhuk, baca doa tido, surah kursi ... Tau ? 

Selamat pagi ...
Fi Hifzillah  ... 
Ana Uhibbuki Fillah


#AuraWhite#AuraSlimShake#FelinnaBeauty#Maixara#LexeePad#COOMINGSOONFOROTHERPRODUCTS(InsyaAllah)

Thursday, May 2, 2013

Bencikah aku pada dia ?


Bismillah ...

Bencikah aku pada dia ?
Macam orang putus cinta sudaa tajuk entry dibah kali ni kan ? Tapi perkataan BENCI tu memberi ilham kepada dibah untuk menaip .... Perkataan BENCI yg selalu muncul di status para wanita yg putus cinta  membuatkan dibah terpanggil untuk mengongsi pendapat yg tak berapa hebat ...
Haaahh ... Bencikah kamu pada si dia setelah kamu dilukai bertubi2 dan ditinggalkan tanpa rasa belas kasihan ...? Mana pergi rasa sayang yg tinggi tahap dewa tu ... ? Mana ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah bertahun2 kamu melakukan maksiat ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah bertahun2 kamu menghabiskan masa hanya untuk dia ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah entah keberapa kali tahiyyat kamu pantas dan laju hanya untuk menyambung bermesej dengan si dia ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah entah keberapa kali kamu melawan dan menghempap pintu bilik apabila dicegah oleh mak ayah kamu dari meneruskan hubungan dengan si dia ?? Tapi kenapa baru rasa BENCI ? Kenapa ?

Adakah kerana si dia telah tinggalkan kamu ?
HEBAT ... Benci bilang cinta apabila sedar dimadukan tanpa dinikahi ... AWESOME bebeh ... Kamu bercintan cintun bagai nak rak bertahun2 tapi hanya sebab tu kamu mampu membenci dia ? haaaaahhhh PANDAI .....! ... Allah ... Allah ... Allah ... * nangis ...

TAPI ... Pernah tak kamu rasa benci atas segala perbuatan yg telah kamu lakukan SENDIRI bila bersama si dia ? Pernah tak rasa macam nak terjun dari bangunan KLCC apabila segala kata2 dusta yg di lafazkan oleh kamu sendiri terngiang2 di telinga ? Allah ... Allah ... Allah ... Kadang2 apabila lamunan mula menjauh dan kata2 dusta mula terngiang2 ...  Terasa seperti hendak sorokkan diri di bawah meja sambil  tutup kedua belah telinga sekuat hati ... Hati meronta2 supaya segala kata2 tu pergi menjauh ... Takut akan dosa sendiri ... * Istighfar sambil nangis T_____T Allah ...

Kenapa harus ada perasaan benci pada si dia ...?
Padahal .... Kalau tepuk sebelah tangan mesti takkan berbunyi .. kan ?
(cis sentap) Tak perlu rasa benci pada si dia  kerana dia sedang hidup bahagia bersama yg lain ... Dia sedang memberi harapan bergunung kepada orang lain ... Tapi kita ? Hidup menderita sambil mengharap dia kembali ... Siang malam merintih mengenangkan nasib ditinggalkan ... Makan tak lena ... Tidur tak kenyang ... EH =.="

Kenapa kita TAK UBAH ....?
Dari sedih kepada gembira ...
Dari benci kepada sayang ...  ( err mampukah sayang, InsyaAllah sayang sebagai saudara seagama )
TOLONG ... Jangan pernah benarkan perasaan benci menguasai diri  ... Jangan pernah menyimpan perasaan dendam ... Jangan pernah sedih ... TAPI panjatkanlah rasa syukur sebab kita sudah tidak bergelumang dengan zina lagi  ... INGAT !! SEKECIL2 DOSA YG KITA LAKUKAN TU, APABILA DILAKUKAN  TIAP-TIAP HARI IA  AKAN MENJADI DOSA YG BESAR <----- Hok tu yg paling bahaya ... Bagi kita " alaah pegang tangan sikit2 ja bukan buat apa pun  " tapi kalau benda ni dilakukan tiap2 hari ? Pegang tangan Golongan ajnabi hukum dia apa ? .... Tu baru pegang tangan ... Tak campur dengan zina mata ... Tak darab dengan zina hati dan sebagainya ... Nanti dekat MASYAR ,Allah akan  PLAYBACK semua2 tu ... Masa tu jangan tertunduk malu sambil tepuk dahi ...! Adeh ... Tapi Sebelum tu dekat alam kubur, kamu  menjadi baik setelah kena lesing dengan Munkar Nakir ... Biasalah ... Masa tu  nanti baru dok pakat2 teriak. Baru nak jadi baik, baru nak solat, baru nak tutup aurat, baru nak tinggalkan maksiat ... Di dunia, bila ditegur, "Alahh, kubur masing-masing, apa ko peduli?" Masa tu jangan sesekali MENYESAL .....! Dah kena lesing baru nak tau RASA ? Haaaaahhh ... Maaf, waktu tu nak bertaubat pun dah tak guna KAWAN ...  Merayu macam mana pun untuk dikembalikan ke dunia, Allah takkan endah ... Kenapa ? Sebab ... Selama di dunia, Allah dah bagi peluang yg cukup ... Tapi kita ? Allah :'(  Dok la dalam keadaan dihukum sehingga ke hari kebangkitan ... ( sakit kena pukul dengan rotan tak sama dengan sakit kena pukul di alam sana ...) Nauzubillah Min Zalikk ....

Amacam ? Masih nak ada rasa benci dekat En.Ex hampa ? Masih nak merayu2 supaya si dia kembali ke sisi
atau rasa benci tu dah beralih arah kepada diri sendiri ...? 
INGAT ... Nabi sendiri tak membenci orang yg menyakiti baginda ... Tapi baginda masih mendoakan dan menolong mereka yg menyakiti baginda .... Dan hasilnya ... Alhamdulillah, mereka sendiri telah melafazkan syahadah ... ALLAHU AKBAR ... Contohilah baginda Rasululullah :)  

Memang kita tak sehebat baginda kerana kita sering membiarkan emosi menguasai diri .... Tapi belajar untuk memaafkan ... Tak perlu membenci ... Jangan sakitkan hati yg telah cukup sakit dengan perasaan benci ... Kesian En.Hati :'(  Mula2 tu memang rasa kelat untuk menerima semua ni tapi apabila kita telah berjaya redha untuk melepaskan sesuatu/sesorang kerana Allah ... Yakinlah Allah akan ganti ia dengan sesuatu yg TERBAIKKK ... Ingat !! Allah tak pernah hampakan hambaNya :') Dibah sayang anda ... 

Dibah menulis sebegini sebab dibah pernah alami ... Dibah pernah rebah dalam alam percintaan  ... Dibah pernah dengar kata2 nista yg dilafazkan ... Allah :'( Ampunkanlah hambaMu ... Hamba Khilaf :'(  COUPLE yg dulunya menjadi keinginan dihati TAPI sekarang sudah menjadi musuh yg abadi .... Biarlah kita BERCINTA selepas NIKAH ... Tu lagi suwiiittt kan ? kan ? Biarlah kita jalinkan hubungan berpaksikan syariat islam ... Nak berkawan sekadar untuk berkongsi maklumat tak apa ... Tapi AWAS ....! Jangan biarkan nafsu menguasai diri yer ... Jaga DIRI ... Jaga HATI ... Jaga Iman ... OK ?

Di sini dibah ingin kongsikan sesuatu :

Musta'mal~

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....  


FROM : Seseorang yg sangat awesome ^^





Sayang?
 Jangan pernah takut untuk sendiri ... Sebab ?
 Allah ciptakan kita pun dalam keadaan seorang diri .. Kita akan dibangkitkan pun dalam keadaan sendirian .. Dan akan dihisab pun dalam keadaan sendirian ^^ Lebih baik sendiri sebelum pada masanya dari berCOUPLE dengan orang yg tak sepatutnya ...DAN jangan pernah merasa sendiri ... KERANA Allah sentiasa di sisi :) KERANA keluarga setia menemani .... INGAT TU  .....!


WANITA ... Anda mampu bertindak JAUHI ZINA ... Sesungguhnya anda adalah PERHIASAN DUNIA  :)




INGAT ...! Allah sentiasa ada untuk hambaNYA ... Jika sedih maka luahkan segala kedukaan tu kepada Allah ... Perbanyakkan doa pada sujud terakhir anda kerana waktu tu adalah waktu yg paling dekat dengan Allah .... Menangis menyesali segala perbuatan kita sekarang dan bertindak untuk berubah adalah lebih baik daripada menangis penyesalan bila di alam sana ... Allah :')

 Manusia marah kerana sayang ... Kalau Allah marah ..? Gullppp ~

Wallahu Alam ...
Fi Hifzillah ... 
Tegur kerana sayang ...
CHILL OK (O_O)v

Sunday, April 14, 2013

Kau yang TERISTIMEWA ^^





Bismillah ^_^

Apa cer korang hari ni ? Cik IMAN sihat ? Solat 5 waktu cukup takkk hari ni  ? Alhamdulillah kalau semua molep2 belako ... KEEP IT UP OK ....! GO ... GO ... FIGHTING ...! LAWAN sikap lemah dalam beribadah tuu OK ...! Eheh tersemangat pulaa dibah ni ...

Ehem ... Ehem ... " Kau yg TERISTIMEWA ?? " WuWu siapalah orang yg teristimewa tu kan ... Untungnya depa  ... Insan2 macam ni sentiasa mendapat gelaran ANAK SYURGA ...! Haaa rasa2 boleh teka takk tentang siapa yg bakal dibah ceritakan dalam entry kali ni ...?

..."....."...."   KRIK ... KRIK ... KRIK .... Erkkk kenapa diam jaa tanpa  jawapan ? Heee tak apa meh cheq nak bagitau siapa dia yg Teristimewa sangat tu ...

** SEMBILAN bulan di dalam kandungan, setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak yang dilahirkan sempurna dan sihat. Namun, siapalah manusia untuk menentukan segalanya ... Anak yang dianugerahkan, baik sempurna atau tidak harus diterima dengan hati yang reda kerana setiap kelahiran merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai ... Kan ? Salah seorang daripada Insan2 ISTIMEWA ni adalah kakak dibah sendiri ... Kak Nur Hanisah :') Insan yg sentiasa dibah harap akan sembuh suatu hari nanti sebelum mata dibah terpejam rapat ... Insan yg sentiasa dibah harap akan marah dibah ... gaduh dengan dibah ... Chit chat dengan dibah ... Shopping together2 ... Jalan2 macam adik-beradik yg berada di luar sana ...


Korang2 yg selalu nampak dibah dengan adikk, mesti ingat kita orang ni dua beradikk ja kan ... Takkk kita orang sebenarnya ... TIGA beradik ... TIGA2 perempuan :) Nak tau ? Hmm kadang2 jelly tengok adik-beradik yg keluar sekali ... Waaa beshhh ... Bahagia jaa tengok dia orang ... Alhamdulillah :)) Dibah pun nak macam tu :( Bolehh ? Tapi kena tunggu kak sihat dulu laa ^^ kan ? Dibah sentiasa harap yg penyakit kak tu ada penawar ... Walaupun harapan tu sangat2 tipis ... Tapi dibah tak pernah tengok mak ayah GIVE UP untuk cari penawar ... Sejak dibah kecik lagi dibah  dah tengok mak ayah ke hulu ke hilir sebab nak sembuhkan kak ... Berulang ke hospital 3 bulan sekali ... Tapi setiap rawatan tu menghampakan ... Huh ... Dibah hanya mampu mengeluh dan menangis bila fikirkan semua ni ... Dibah tak mampu nak buat apa2 untuk tolong kak melainkan doa yg tak pernah putus2 :'( Cukuplah kalau dibah, mak ayah dan adikk boleh tengok kak seperti orang normal walaupun sekali jaa :'( Allah .... Sakit sangat rasa bila mengharapkan sesuatu yg tak pasti ... Ditambah pula dengan 2,3 tahun tuu ... Allah ...

Hmm korang nak tau ...? Masa dibah tamat form 5 hari tu ... Makk ada suruh dibah ambil kursus untuk pendidikan khas di Maktab ... Kiranya jadi cikgu untuk insan2 istimewa ni ... Tapi dibah jaa yg tak yakin sama ada mampu berhadapan dengan telatah dia orang kaa takk ... Makk  dibah yakin yg dibah mampu jadi cikgu untuk insan2 istimewa nie ... Sebab dibah dah ada pengalaman ... Dibah dah terbiasa dengan situasi bersama insan2 istimewa ni ... Terbiasa ?? =_=" Yaaa laa, masa dibah umur 4, 5 tahun macam tu dibah dah loqat nak pi tadika ... eheh ... Tapi masa tu mana depa terima lagi umur2 macam tu gi tadika Kecuali tadika PRIVATE ... heee takk mampu dehh  kalau PRIVATE2 ni ... Jadi makk bawa dibah ikut kak nisa gi kelas untuk kanak2 istimewa ni ... Dibah selalu main2 dengan kak Yoges, kak Julie, kak Nadia, kak Amarjit dan yg lain ( tak ingat nama )... Semua tu insan2 istimewa ... Bila terpandang kakak2 tu mesti akan terdetik di hati ... Kenapalah kak nisa tak jadi macam ni ... At least dia boleh uruskan diri dia ... Tapi Allah Maha mengetahui setiap kejadian hambaNya kan ? :')  Dibah selalu main dengan dia orang ... Sampai satu hari tu ayah tak bagi dibah pi kelas tu ... Sebab bagi ayah, dibah ni bukan golongan tu ... Tapi kita masa tu kecik2 lagi mana nak tau ... Yang ada dalam kepala otak nak pi tadika sebab ada kawan dan boleh main2  ...

Lepas tu, mak ayah pindahkan kak nisa ke sekolah Sinar Harapan ... Dekat Bukit Minyak ... Masa tu dibah dok gadoh nak ikut ayah pi beli makanan dekat mak sebab mak dibah dok dekat sekolah tu sekali sampai waktu balik ... Dibah ingat lagi, ada teacher tu ajak dibah buat sarapan dekat insan2 nie eheh ... Besshh ^^ Dibah tolong susun roti ja ... Masa tu dibah dengar kak nisa dok menangis huhu .. Pastu teacher tu bawa dibah pi jumpa kak ... Waaa masuk2 kelas tu happening gila sebab dia orang duk nyanyi lagu sambil dok tepuk2 tangan tapi kak dok menangis ... Hehehe ... Dibah cuba pujuk kak jangan menangis tapi dia tak nak diam sampailah mak yg mai pujuk ... Grrrr kak Dibah ni agak manja dengan mak ... Dan sangat manja dengan ayah ...



Ada citer lagi nie heee ... Masa tu dibah bawa adikk gi Pejabat Pos  sebab nak hantar barang customer ... Dibah tunggu luar ja la sebab barang sikit ... Then dibah nampak budak Down Sindrome ... Cumilll dehh ^^ Dibah tengok dia pastu dia lambai2 dekat dibah ... Ala cumilll nya ... Umur 3 tahun rasanya ... Ayah dia senyum jaa tengok dibah ... Yer laa ada setengah orang boleh terima dan ada setengah yg macam tak boleh nak terima insan2 ni ... Bagi dibah ...Dia orang pun tak minta untuk dilahirkan macam tu ... Mak ayah dia orang pun tak minta anak2 untuk jadi macam tu ... Tapi ni semua ujian dari Allah ... Dibah ingat lagi kata2 ni , "Allah tak akan uji hamba dia kalau hamba dia tu tak mampu untuk menghadapi ujian tu  ... Yaaa bagi kita, Ya Allah ... Lemahnya aku untuk hadapi semua ni tapi bagi Allah ... Kitalah orang yg sangat2 teristimewa untuk hadapi  ujianNya tu  ... Kan ?


      Macam ni lah muka kanak2 Down Sindrome ... Muka dia orang sama saja ... Macam kembar ^^



Dibah sangat bangga dengan  ayah dan mak yg menjaga anak2 istimewa ni ... Mereka ni macam ada keistimewaan tersendiri dalam mendidik insan2 seperti ni ... Kadang2 dibah takut kalau cara dibah jaga kak tak sama macam mak jaga ... Dibah kagum tengok kesabaran  mak jaga kak ... Korang nak tau ... Lepas suap kak makan kan ... Mak mesti dapat upah " ciuman " dari kak ... Tapi kan ... Dibah tak pernah dapat upah ciuman pun kalau tak minta  huhu ... Sedihh :'(  Kak selalu jadi mangsa buli ... Kalau geram sangat dekat dia ... Dibah tarik jaa hidung dia sampai merah ... Eheh ... Nanti mula dia bising ... Heee ... Pastu hidung dibah pula jadi mangsa kena tarik dengan mak ... Adeh -_-" Sakittt ooo ... Nanti mula kak gelak .. Hehehe ... Macam tu laa cara dibah nak create suasana bising antara kami adik beradik ... Huhuhu ... Kalau kacau time MOOD ok tak apa ... Tapi kalau mai MOOD kak tak OK , hmmm kirim salam jaa laa ... Heee

Sejujurnya ... Kadang2 dibah rasa bersyukur sebab terpilih ada ahli keluarga macam ni ... Sebab ... Dengan cara macam ni baru dibah faham apa perasaan sebuah keluarga tu bila ada insan2 istimewa ni ... Bagaimana dia orang cuba tepis pandangan negative masyarakat keliling ... Rasa agak terkilan juga dengan sikap sesetengah orang ... Masuk ni dah 20 tahun dibah hidup dengan kak ... Jadi dibah dah lali dengan keadaan macam tu ... Tapi rasa kecian bila dengar luahan hati sesetengah ibu bapa ... Terutama mereka yg baru bergelar ibu dan ayah ...

Nasihat  Dibah untuk Sahabiah2 yg mempunyai adik beradik atau anak2 yg istimewa ni ... Bersabarlah dalam melayan kerenah dia orang ... Yaaa memang kadang2 sikap dia orang mencabar kesabaran kita Tapi tetap bersabarlah dalam mendidik mereka ... Pandang wajah2 mereka ... Cuba fahami isi hati mereka ... Sesungguhnya mereka pun tak nak menyusahkan kita ... Mereka pun inginkan kehidupan  macam kita ... Hargailah mereka ... Kita tak tau sampai bila hayat mereka ... Petang tadi ayah gitau yg kak Amarjit ... Salah seorang insan yg  menghidap penyakit Down Sindrome  telah meninggal dunia ... Allah :'(  Terbayang2 muka kak Amarjit yg cumill dan mulus tu ... Kak tu suka buat  tocang dua pastu dia buh riben ... Patutlah sejak beberapa tahun dibah tak nampak kak Amarjit dok main buaian ... Sedihhh :'(  Hmmm Dan bagi mereka yg di luar sana, jangan hukum anak2 istimewa ni ... Jangan pernah takut untuk berhadapan dengan mereka ... Cuba dekatkan diri dengan mereka ... Telatah mereka seperti anak kecil yg sentiasa inginkan perhatian ... Kita selama ni selesa dengan kehidupan kita tapi ramai di antara kita yg tak sedar akan kewujudan anak2 istimewa ni ... Kadang2 tak tersampai hati nak tengok ... Dengan tiubnya yg menjadi peneman setia ... Dengan keadaan yg terpaksa dipangku oleh ibu mereka ... Dengan kerusi roda yg menjadi alat untuk memudahkan pergerakan mereka ... Dengan tangisan yg menjadi pengubat untuk rasa sakit .... Allah ... Syurgalah tempatmu sayang ... Allah uji kita dengan mereka ... Tapi Allah uji mereka dengan penyakit yg dialami ....

Wallahu Alam ^^
Fi Hifzillah ...



                                              




Wednesday, April 10, 2013

Speechless !


Speechless ....!
Yaaa terdiam tanpa kata ... Jantung terasa seperti hendak berhenti  dari berdenyut ... Air mata mula bertakung ... 2/3 tahun ? Allah ... Kenapa berita tu sangat berat bagi aku ... 2/3 tahun ?  Yaa hanya tu ja yg berlegar2 dalam fikiran aku ... 2/3 tahun ... Yaa berita tu telah membuatkan aku jadi bingung tanpa arah ... Berjalan hingga terbelaga orang ... Allahu Rabbi ... Berita tu telah membuatkan wajah2 yg aku sayang  terus berubah ... Adikk tergelak sinis, tidak tahu sama ada berita tu perlu dipercayai atau tidakk ...




Sesungguhnya Dia hanya manusia biasa ... Yaa Dia bukan tuhan ( Allah ) untuk menentukkan mati hidup kita ... Tapi ... 2/3 tahun tu terus menghantui aku ... Ajal dan maut tu adalah di tangan Allah ... Bukan Dia ... Aku tak salahkan dia ... Kerna dia hanya bagitau berdasarkan apa yg telah dia belajar ...

Arggghh ... Aku harap aku tak pernah dengar apa yg telah diperkatakan tu ... Aku harap tu semua mimpi ... Yaaa ... Aku harap tu mimpi ... Biarlah kata2 tu terkubur di situ ... Mati tu pasti ... 2/3 tahun ? Arrrggghh mungkin jugak malam ni ( senyum sinis ) ....

Aku redhaa jika apa yg dikatakan benar :')

Korang yg membaca mesti kehairanan kan ? Biarkan ... Abaikan ... Biarlah semua persoalan2 tu mati pada noktah yg terakhir tu ... ^^ Maaf jika membuat korang tertanya2 ... Asiff Jiddan ... Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Nya :)))  ~ Allahumma Aamin ~


Saturday, April 6, 2013

Kembali Berkhidmat !!


Bismillah ^^

Yuhuuu ... Korang tengah buat apa tu ? Sihat tak ? Hopefully sihat2 laa yer, Insyaallah ^^
Haaa ... Korang nak tau tak ..? Nak tau tak ..? Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yg kelima dibah keja ... Yaaaa jodoh sy dengan mesin photostat tu sangat2 kuat ... hehe ... Haaa bila dibah bagitau pasal mesin photostat, mesti korang dah boleh agak dibah keja dekat mana kan ... dan mesti korang teringat entry yg dibah buat hari tu pasal mesin photostat kan ... Kan ... ... heee Yaaa, sy kembali berkhidmat dekat kedai buku tu ... Alhamdulillah dibah masih ingat lagi macam mana nak gunakan mesin tu ... Tapi agakkk takut kalau benda alah tu buat perangai ... Nak tau ? Pagi2 lepas buka kedai, dibah pi dekat mesin tu then usap2 mesin tu sambil pesan dekat dia jangan buat perangai tau ... hehe Mesti korang kata dibah ni TING TONG kan ? TING TONG pun TING TONG laaa ... Tapi sejujurnya tu laa habit dibah ... Even dengan MR.PKC dibah ... Contoh, Kalau dibah tak mandikan MR.PKC, mesti dibah akan dapat rasakan sesuatu bila terpandang MR.PKC yg comottt ... Aura minta tolonggg untuk dimandikan ... hehe ... Dibah pun tak tau kenapa perlu ada perangai macam tu  =_=" ya lah , nanti orang yg tengok kata dibah pelik ... Hari tu masa dibah tengah mandikan MR.PKC then dibah ada ucap terima kasih dekat MR.PKC sebab banyak permudahkan urusan dibah dan tak buat banyak perangai ,,, Makkk dibah sampai tercangak2 dekat cermin dok tengok dibah cakap dengan sapa hehehe ... 

Haiyaakkk ... Dah sampai kemana tu dibah dok melalut ... Opsss ..! Minta maaf  :) Korang nak tau ... Hari ni merupakan hari pertama dibah buka dan tutup kedai ... Kak tu bagi amanah suruh jaga kedai dia ... Agaiinnn T______T  kenapalah orang suka bagi amanah yg berat2 untuk dibah ... Takutt tauu ... Tadi nak balik pun tak senang walaupun dah dua tiga kali dibah check ... Dok teringat suis ni matikan takk ... Suis tu matikan  takk ... Eh tingkap belakang katup tak eh ... Last2 mak dibah tanya ... Pintu kedai tutup takkk -_- GRRRRR ... Saborr jaa laa ... huh ..! Cakap pasal pintu ... Tauuu tadi dibah carelessss sangatttt ... Korang tau takk pintu besi yg selalunya ada dekat kedai tu ... Ala yg kita kena tarikk dari atas tu ... tau tak .. tau takk ..? Selalunya dibah tak kan lupa nakk buh tiang dulu baru tarikk pintu tu tapi hari ni tak tau dok pikiaq apa sampai dibah lupa nakk buh tiang tu tapi dibah p tarikk pintu tu terus ... Pelikk laa jugak kenapa pintu tu nampak pelik sangat ... Tengok2 Ya Allah ... Dibah cuba nakk tolak balik pintu tu naik atas tapi takk boleh :'( Ketaq dah eh masa tu ... Nasib baikk kedai servey moto buka hari ni ... Dibah minta tolong abg tu ... Nasib baikk abg tu tolong ... Terima Kasih ^^  awakkkk !!! kita agak malu la sebab abg tu boleh dok gelakk dekat dibah ~_~  huhu takk patut : / Dibah seriusly lupa pasal tiang tu ... Sebab dibah penat sangat dok kira stok buku :/ tu pun tak habis kira lagi sebab tadi dok layan cust ... Cust tu pulak cikgu MATH dibah masa form 5 ... Fuhhh kerenah banyak ooo ...
Sabo ja laaa ...

Apa2 pun dibah enjoy dengan keja dibah ... Tapi kesian dekat adikk sebab tak ada orang nak bawa dia gi bank dan pos office ... Maaf yer awakkk :'( Kakak mu hanya boleh tolong hari ahad jaa ... Kalau hari2 lain awakk kena tunggu ayah balik keja dulu laa baru awakk boleh settlekan urusan bisnes awakkk :'/ Ikutkan hati dibah tak nak keja sebab dibah nak ambil kursus tapi dibah tak ada kawannn ... Segan laa pi sorang2 ngeee gi pun tempat tu agakk jauh la jugak dan ayah tak berapa nak bagi ... Jadi terpaksalah lupakan niat tu ... 

OK laa yer .. Dibah nak buummmm ... Sakit kepala laaa :(   Fi Hifzillah ( semoga Allah jaga korang :) ) Jaga hati, jaga iman dan jaga kesihatan TAU ... Selamat Malam ^^ Sebelum tido, korang maafkan semua orang tau ... Pesan pada diri yg " ESOK AKU NAK JADI INSAN YG BAIK DARI SEMALAM ^^ "
 OK !!!!  Doa sebelum tido jangan lupa pula nak baca -_- mengucap siap2 tau ... takutt kalau Malaikat Izrail tarik nyawa kita masa tido ... Haaa yg paling penting ... Solat isyak belum ni ? kalau belum, pi solat cepatt ... Aiisyy boleh dok lambat2kan pulaa ... Tabuhh kang :P



Ma'assalamah  ... Jumpa di entry seterusnya ... Insyaallah ^^




Sunday, March 31, 2013

Malu ~_~


Bismillah ...

Apa habaq hampa semua hari ni ? Harap2 habaq baikk laa noh ... ( cakap penang lak cheq qinie .. hehe )  Korang tengah buat apa tu ...? Dibah tengah buat apa yg korang sukaa ni ... Heee mesti ada yg pelikkan dengan ayat 2 ... Hok aloh ... Dibah tengah dok menaip story untuk korang laa ni ... Yer laa, kalau korang tak suka dengan apa yg dibah tulis untuk entry2 dibah ni, takkan dibah ada pembaca yg setia kot ... Ngeh2 Ceeee perasan ja ada pembaca setia hehe ... Kalau ada ? Dibah just nak kata ... " Hi awak yg cumilll tu  :) Syukran alaik kerana sudi baca entry2 dibah yg tak seberapa nie ..." hehe



Berdasarkan daripada gambar di atas ... Apa yg korang nampak ? Dan jawapan yg pertama yg akan korang  jawab ialah korang nampak seorang perempuan berpurdah ... Am I right ?  Jawapan yg korang bagi tu salah ... salah ...  dan salah ... Niat dibah upload gambar ni bukan sebab dibah nak qoyak , " HI THERE, I AM WEARING PURDAH ...! "  Jauh sekali dari niat dibah ... Dibah jadikan pemakaian purdah sebagai gambaran kepada kata2 tu ... Kata2 apa ? Kata2 ni haaa => " Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman "  Dibah tak nak orang sekeliling salah anggap ... Sebab ada yg tanya, " kakak ni memang pakai purdah eh ..." Dibah tanyalah kenapa ... Dia kata " sebab cara kakak nampak macam kakak memang pakai purdah ... Nampak macam selesa  "

Heeee Asif Jiddan adikkk ... Kak tak layak lagi nak pakai purdah sebab kak tak bersedia lagi walaupun ada terdetik di hati nak pakai ... hehehe ... Takut tak teristiqomah ... Sejujurnya itulah gambar pertama yg dibah ambil dengan memakai purdah ... Sebelum ni dibah cuba pakai dalam rumah ja... Heee First2 pakai ... Allah ... Allah ja yg tau apa yg dibah rasa ... Tak tergambar dengan kata2 ... Pastu dibah cuba pula pakai niqab flexible tu ... Allah ... Yg tu lagilah tak terkata apa ... Subahanallah :D Hehehe ...

OK ... OK ... Ada sebab dibah upload gambar tu berserta dengan kata2 tu ... Sekarang ni dekat laman sosial banyak sangat kaum hawa upload gambar2 yg mendedahkan aurat mereka ... Mana letaknya MALU korang ? Yg si lelaki pun makin galak mengepos gambar2 kaum hawa yg tak sepatutnya ... Mana letaknya MALU korang ? Jangan hampa kata " sapa suruh depa tayang ... kami pos laa dah kami tengok cuuunn ja  ..." Ewaaahhh cikk abang ... Depa tayang ... Cik abang lagi2 menghebahkan gambar tu napa ? Aib orang dah tak reti jaga ka ? Dah perempuan tu ngeekk dok mengupload gambar2 macam tu ... Yg hampa lagi2 ngeekkk dok hebahkan gambar tu napa ...? Pastu siap leh pi bagitau nuu " tu aweekkk aku ... hampa ada ...? " Astagfirullahalazim ... Apa nak jadi dengan sahabiah2 sekalian :'(  Korang nak ka Allah buka aib korang dekat akhirat kelak ?? Nak ka ? Sanggup ka nak  tengok sekecil2 dosa kalian di pra tontonkan dekat masyar kelak ? Pikir2 sendirilah eh ... Aib orang ni bukan benda yg boleh dibawa main ...
TAU ?

Untuk kaum hawa tengok nie, Allah pernah berfirman :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur ayat 31.

 Allah SWT menyuruh perempuan yang beriman itu menjaga diri mereka. Penjagaan inilah yang merupakan ‘malu’ yang sepatutnya ada pada perempuan yang ingin menjadi Bidadari Dunia. Dia bukan muncul di khalayak untuk menggoda, menunjuk-nunjuk dirinya, tetapi dia bergerak hanya dalam batas-batas yang dibenarkan Tuhannya ...

Dan baca yg ni pula wahai Kaum Hawa yg disayangi :
 ( kata2 nie dibah copy daripada saudara Hilal Asyraf )

Bidadari Dunia itu mahal kerana dia malu kepada Allah SWT. Sebab itu, dia bukan menuruti rasa ‘malu’ yang terbit daripada ‘rasa’nya. Sebab itu, Bidadari Dunia masih bercakap di hadapan sekiranya dia diperlukan. Bidadari Dunia akan turun ke medan saat dia diperlukan. Bidadari Dunia akan bergaul dengan lelaki saat dia diperlukan. Walaupun mungkin ramai yang merasa ‘malu’ untuk itu, tetapi Bidadari Dunia bukan sedemikian.

Bidadari Dunia menjadi indah dengan ‘malu’nya apabila, dalam dia kelihatan ‘berani’ itu, dia menjaga batas-batas yang Allah SWT telah gariskan.

Bidadari Dunia tidak ‘berani’ sehingga mendedahkan auratnya, bentuk tubuhnya. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melanggar arahan Allah SWT.

Bidadari Dunia tidak akan terlalu ‘berani’ bergaul dengan lelaki ajnabi, berlebih-lebihan hingga hilang kehormatan dan kemahalalan dirinya. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melangkaui batas yang dibina oleh Allah SWT.

Bidadari Dunia tidak akan terlalu ‘berani’ ke hadapan dengan lenggang yang mengiurkan, suara yang menggoda, dan sikap gedik yang mengada-ngada. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melangkaui batas yang dibina oleh Allah SWT.

Mengapa saya ulangi, bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya ?
Kerana, ada orang, dia memang sikit pun tak rasa malu mendedahkan rambutnya. Pada dia, biasa. Hatinya tak tercuit pun rasa segan bila mendedahkan bahunya. Pada dia, biasa. Ada orang, dia memang rasa biasa bertepuk tampar dengan yang bukan sejenis, memang rasa tak ada masalah bila dia buat suara menggoda dan sebagainya. Pada dia, itu biasa.

Jadi, Bidadari Dunia ni bukan ikut ‘apa dia rasa’.
Bidadari Dunia ini, ikut ‘apa Tuhan dia kata’.
Walaupun dia tak malu nak dedahkan tubuhnya, dia rasa ‘malu’ juga untuk melakukannya kerana itu adalah batas antara ketaatan dia kepada Allah, dan keingkaran dia kepadaNya ...

Wanita itu, menonjol tetapi tidak pula kita rasa mereka ‘murah’... Bahkan kita rasa ‘hormat’... Mereka itu, punya batas-batas, tetapi tidak pula kita lihat mereka terkongkong ... Bahkan kita melihat mereka ‘bebas’.
Malu telah menjaga akhlak mereka ... Malu telah menjaga maruah mereka .... Malu telah menjaga peribadi mereka ... Malu telah menjaga prinsip mereka ... Malu telah menjaga kecantikan mereka ... Malu telah menjaga tubuh mereka ... Buat mereka mahal, semahal-mahalnya ... Kita sejuk mata memandang mereka menutup aurat dan akhlak yang cantik ... Dan tidak pula kita rasa meluat apabila mereka ke hadapan dan bergaul di dalam masyarakat ... Bahkan sering kali kita tersenyum dan merasa lega ...
Mujur ada perempuan sedemikian yang berjalan di atas dunia ... Kerana kita tahu Wanita itu punya malu yang menjaga mereka, membuatkan mereka sentiasa kelihatan indah dan menyenangkan ...



Allahu Rabbi :'(

# Ni untuk renungan bersama ... Dibah tak nak kaum dibah terleka ... Sedarlah sayang ... Dan cubalah untuk berubah :'(  Cukup2lah menikmati kebahagian di dunia yg sementara ni ... Allah sedang tunggu kita untuk berubah sayang :'(  Allah ....





Tuesday, March 26, 2013

Mabrook sayang !!


Bismillah ....


Alhamdulillah ... Sekarang ni dua2 beradik dah tau result masing2 ... Mabrook sayang kak ... Akhirnya adik dapat result yg gempak ( 21/3 ) ... Hehehe ...  Ada orang report kat mak yg kita tak wish TAHNIAH dekat dia ... Alo2 sedihnya hehehe ... Tulah buat lagi perangai yg cumilll 2 ... Kan dah kena isytihar perang ... Ngeh2 ... Kak wish dalam hati jaa ... I'm proud of you kecikkk ... 

Tetiba rindu kenangan study malam sama2 ... Yer laa, kalau dibah nantok sangat2 bila tengah study, dibah pesan dekat adik suruh gerak dibah balik dalam 10 minit ... 10 minit laa sangatkan ... Bangunnya tak pun ... Hehehe ... Paham2 ja laa nikmatnya kalau dapat bantai macam mana ... Bummmm terus ~ ~

Pahit manis study malam kita dah lalui dan alhamdulillah adik dapat apa yg adik usahakan selama ni ...  Yeaaa awakk ...!  Science kita mantop lagi hehehe ... Benda ni laa yg dibah dok gaduh dengan dia ... Adik kata science dia dengan dibah tak sama  ... Yelah orang budak aliran sains ... Kita ni akaun ja '______' Tak pa laa asalkan benda 2 ada kena mengena dengan science juga, kan ? kan ? Please accept it :P hahaha

OK ... Mudah2an keinginan adik nak masuk matrikulasi 2 tercapai ... ~ Allahumma Aamin ~ Orang 2 nak jadi DOKTOR 2 ... Dibah dengar cita2 dia, dibah yg pening kepala hehehe  Adeh =_="  kejap doktor, kejap pensyarah, kejap peguam  -_- ... Karier peguam 2 elok sangat dengan dia sebab ... err .. err ... sebab ... adik dibah suka cakap ... cakap ... dan  cakap tak berhenti ... Herrr ... Tak taulah napa budak 2 banyak mulut sangat ngeee Tapi dia minat nak jadi doktor bahagian perbidanan ... PERBIDANAN OK ...! Dia dah pesan dekat dibah siap2 ... " kak, nanti kalau kak nak bersalin meh dekat adik tau ..." heeee dalam hati ..." oh ... TIDAKKKK ....! sy akan lari jauh2 dari awak, 
Dr. Nur Basirah .... " hehehe ...





Honestly .... Dibah tak taulah macam mana dia nak jadi doktor ... Bahagian perbidanan pulak 2 ... Haru2 ... korang nak tau ka kenapa dibah kata haru ...? Nak ? heee meh sini nak bisik ... ( sayang ... sorry ...! sy nak gosip2 pasal awak ni ... )  Ngeh2 .... Ehem ... Adik dibah yg sorang 2 alah kepada HOSPITAL sejak dari kecik lagi ... Asal pi hospital ja dia nak pitam ... Tengok ambulans terus dia nak lari jauh2 ... Tu baru ambulans 2 ... Tak tengok orang yg cedera sebab excident lagi .... herrrr haru kan ? hahahaha 





TAPI ... Dibah tabik springgggg dekat adik ... sebab masa kita orang pi tengok arwah nenek dekat hospital dia yg paling kuat ... Masa 2 nenek dibah tengah nazak ... dibah tengok nenek dari luar bilik ja ... Dibah tak sanggup tengok nenek macam 2 :'(  Dibah yg mula menangis ... Bila mak saudara dan ayah panggil dibah masuk, dibah undur langkah ke belakang ... Dibah tak sanggup dengar bunyi mesin2 2 ... Banyak darah dekat katil nenek :'(  Tak tau apa yg doktor dah buat ... Allah :'(  Telinga dibah masih terngiang2 lagi bunyi mesin 2 ...  Kaki nenek bergetar setiap minit ... :'(  Masa 2 adik yg kuatkan dibah ... Dia ajak dibah turun ke lobi untuk tenangkan diri ... Dibah hairan juga, kenapa budak ni yg pujuk aku, kalau tak dia yg mula nak pitam ... Heeee ....

Yaaa, Allah bagi kekuatan untuk dia ... Untuk kuatkan dibah ... Apa2 pun ... Tahniah yer BUDAK ....! Lepas ni kalau ada rezeki masuk matrik ... Adik kena struggle ... Tak boleh qalit ...! and One more thing ... Belajar tidur tanpa bantal wangi awakkk 2 :P heeee  

MABROOK juga untuk adik2 SPM batch 95 ... Tak lupa juga untuk sahabiah2 yg ambil result STPM 18/3 hari 2 ... Semoga semuanya berjaya dalam hidup   
OK ...! Go ... Go ... Fighting ... !




 Adikkk .... Kalau jadi doktor nanti ( Insyaallah ), untunglah dapat sambut baby yg comey2 macam ni ... heee ...


Monday, March 18, 2013

Terjawab Sudah Usahaku ..







 Bismillah ^_____^


Hanya dekat blog ja tempat yg paling bebas dari status2 tentang STPM ....! Heeeee .... Yeahhh result dah keluar dah ... Kawan2 dibah dapat result yg gempak ... 2 kawan2, yg dibah nie amacam pulak ...? Errr ... Errr ... Cheq LULUS ... tapi jangan ditanya pasal POINTER ...! Tapi apa2 pun dibah redha ja ... Dibah terima apa yg berlaku dengan hati yg terbuka ... Past is past, right ? Sekarang dibah buka lembaran baru ... Yeaahhh 2013 sangat bermakna dalam hidup dibah ... Sebab ? Tahun ni dibah dah mula berhijrah ... Tahun ni dibah akan cuba untuk tinggalkan segala keseronokkan dunia dan cuba untuk terus berlari dalam mengejar redhaNya ... Insyaallah ^__^

Betul cakap orang2 tua, bila usia kita dah mula meningkat baru kita akan nampak apa yg sepatutunya perlu kita nampak pada masa dulu, kan ? Dan pada usia yg semakin tua ni baru otak kita mula berfikir secara terbuka dan matang ... Yeaaahhh terima juga hakikat yg diri makin tua ... Hehehe ... Umur memang makin meningkat tapi amal ibadat pun kena terus meningkatlah 
kan ? Haaaa jangan lupa 2 ... 




Lepas ni dibah dah plan nak sambung belajar dekat mana dan alhamdulillah mak ayah izinkan ... Korang nak tau ka dekat mana ? ssuhhhh RAHSIA ...! Nanti, insyaallah bila dah confirm dibah akan bagitau korang    yer ....!  Dibah tak nak gembar gemburkan benda yg tak pasti lagi takut tak menjadi ... Insyaallah dibah akan cuba tebus balik segala kekhilafan yg dah dibah buat ...

Dibah tak nak air mata ni mengalir macam tadi ... Dibah cuba tahan tapi bila cikgu peluk, air mata ni terus gugur ... Apa yg sempat dibah kata dekat cikgu ialah, " saya takut " ... Cikgu tenangkan dibah ...  Tapi mesti akan terbit rasa kecewa di hati cikgu kan ? Hmmm dibah rasa bersalah dengan semua yg ada di sisi dibah ... Dibah cuba kuat dengan adanya mereka di sisi ... Mak pun tadi risau tengok dibah tak makan ... Semua cuba sembunyikan kekecewaan dari dibah ... Allahu Rabbi :'(  Sembunyi sedalam mana pun rasa 2, dibah akan dapat rasa ... Maafkan dibah semua ... Tolong jangan tinggalkan dibah yer ... Dibah perlukan semua di sisi dibah :'(

........................................
 
BTW, tadi masa dekat sekolah ada benda yg mengejutkan terjadi ... Heee  dibah terkejut sebab kawan2 sambut penghijrahan dibah dengan sangat baik ... Terkejut dan terharu bila ada yg ucapkan tahniah hehe ... Blushing ... Yer la dibah ingatkan kawan dibah nak ucap tahniah sebab result gempak ka apa Tapi dia ucap tahniah sebab penghijrahan dibah ... Agak cuak di situ ... hehe al maklumlah masa 2 otak ni memang tengah serabut ... Disebalik kedukaan 2 Allah tetap pancarkan sedikit kegembiraan untuk dibah ... Alhamdulillah ... Korang doa2kan la yer semoga dibah akan terus kuat untuk beristiqomah ... 

Nasihat untuk adik2 dibah yg masih belajar ... Korang manfaatkanlah  zaman belajar korang dengan sebaik mungkin ... Jangan sia2kan zaman belajar ... Sesungguhnya ia sangat2 berharga :) ... Akak tak layak nak nasihatkan korang sebab akak pun pernah hanyut dengan dunia yg sementara ni ...  Tapi akak tak nak adik2 akak menyesal kelak ..  Akak citer berdasarkan apa yg akak lalui ... Tak perlu pikir tentang soal hati ... Jodoh Allah yg tentukan adik2 ... Kalau tak dapat memiliki para ikhwan di dunia ni, Insyaallah allah akan temukan kita dengan pasangan kita dekat syurga nanti ... Allah tak kan biarkan kita keseorangan ^___^  Even sekarang kita keseorangan tanpa cinta seorang lelaki TAPI korang jangan lupa yg Allah sentiasa ada dengan kita ... 
 Sentiasa ... ! Ingat 2 ... ! Buat masa sekarang cukuplah Allah, mak ayah dan adik beradik yg bersama kita ...! OK sayang2 akak sekalian :D

Wallahu Alam :')