Friday, August 16, 2013

Ramadhan Kali Ini (2013 )

Bismillah ^____^
Assalamualaikum :)





Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un ....
Ramadhan tahun ni Allah menurunkan musibah sebagai tanda sayang dan peringatan kepada Dibah sekeluarga :') Pada Ramadhan ke-3 ( 12/7/2013 ) terasa luluh jantung mak dan Dibah semasa menerima panggilan daripada pihak hospital bahawa ayah terlibat dalam kemalangan dan berada di dalam wad kecemasan.  Dibah hanya mampu berdoa supaya ayah dipanjangkan umur dan berada di bawah lindunganNya.  Cemas bila tak berhenti menerima panggilan telefon daripada saudara mara.  Lagi cemas bila melihat keadaan traffic yg sangat jam.   Pergerakkan kereta  ygsangat2 perlahan ... " Allah.  Halangan jenis apakah ni.  Aku hanya nakk jumpa ayah .. nakk tengokk keadaan ayah ... tolong permudahkan perjalanan kami ni Ya Allah .." getus hati kecil ni sambil menangis.  Yaaa hanya air mata yg menjadi teman setia pada masa itu.  Dari cermin sisi Dibah nampak air mata mak mengalir apabila kami tak dapat melepasi kepungan beribu2 buah kereta.  Allah .... Dibah paham apa yg difikirkan mak.  Kami sama2 takut andai berlaku kehilangan lagi ....

" Assalamualaikum ... adikk, ayah tak dapat nak pi ambil adikk dekat matrik sebab tayar motor ayah pancit laa. Ayah ada dekat kedai motor sekarang ...."  " Adikk, ayah dah selamat sampai rumah tapi sekarang ayah dok tidur sebab sakit kepala tolak motor tengah2 panas ... "  Dibah terpaksa menipu pada saat tu ='( Allah ... Dibah dengan makk risau kalau adikk buat tindakan yg tak masuk akal apabila menerima berita kemalangan tu nanti.  Mak cuba yakinkan adikk bahawa ayah akan ambil dia balikk dari matrik pada keesokan hari.  Alhamdulillah ... Kami berjaya menyakinkan dia.

10 minit sebelum azan maghrib, kami tiba di perkarangan wad kecemasan Hospital.  Kaki terasa berat nak melangkah.  Takut nak tengokk keadaan ayah.  Mak bergegas dapatkan paman.  Kebetulan paman cuti pada hari tu, jadi mak minta tolong paman gi tengok keadaan ayah dulu dekat hospital sementara Dibah dan mak nak sampai.  Mak masuk ke bilik kecemasan untuk melihat keadaan ayah.  Beberapa minit selepas tu mak keluar dari bilik kecemasan sambil berbincang dengan paman.  Pada masa tu Dibah tak dapat nak tengok keadaan ayah lagi.  Dibah dapatkan mak.  Dibah takut bila tengok riak muka mereka yg serius .... " Mak, ayah macam mana ...? " Mak diam.  Mak suruh Dibah masuk untuk tengokk ayah.  Allah ... " Kak tak nak masuk ... takut ='(  " Paman temankan Dibah sambil menunjukkan arah untuk ke tempat ayah ... Selepas melepasi satu pintu tu, Dibah dah mula nampak kaki ayah.  Dibah kuatkan diri untuk maju kehadapan sambil tahan air mata dari mengalir.  Allah ... Ayah ='( muka ayah nampak bengkak dan pucat.  Allah ... Dibah nampak tangan ayah dibalut.   Kaki ayah dibalut, tapi ayah masih tersenyum ... 

Selepas selesai solat maghrib dan isyak, ayah dipindahkan ke wad.  Dibah tak berani nak temankan ayah dalam wad sebab ada seorang pesakit ni tengah meraung sakit.  Tak sanggup nak dengar raungan tu.  Allah. ='( Dibah tunggu di luar wad. Dibah tengok keseriusan adik2 mak dan mak berbincang.  Hati mula tak tenang  " kenapa semua nampak tegang.  kenapa dengan ayah ..." Macam2 persoalan yg tak terjawab bermain di minda.  Dibah mula rasakan sesuatu.  Tanpa tak sedar air mata Dibah meluncur keluar dengan laju.  Otak dah mula serabut.   Bibir tak berhenti dari berzikir.  Hati tak berhenti merayu kepada Allah supaya selamatkan ayah.  Tetiba .... handphone bergetar.  Tengok2 adikk yg telefon.  Apa Dibah nak jawab ... Dibah biarkan telefon bergetar.  Selang beberapa minit dibah mula rasakan handphone mak pulak yg berdering.  Dalam hati " aahh tu mesti adikk, biarkan ..." Dibah cuba ambil masa yg lama untuk tenangkan diri dan cuba mencari tempat yg agak tenang untuk telefon adikk .....

 Akhirnya, Dibah cuba untuk telefon adikk ... " Kenapa semua orang buat adikk macam ni .. Kenapa adikk call mak, mak tak jawab .. Kenapa adikk call kak pun, kak tak jawab .. Jangan buat adikk risau ..." Tak sempat Dibah nak bagi salam, adikk terus terjah Dibah.  Begitu banyak soalan yg ditanya dengan bertubi2  dan Dibah cuba untuk jawab dengan jawapan yg agak munasabah untuk dia. " Kak, adik tak sedap hatilah ..." Tetiba adikk meluahkan kerisauan.  Dibah diam seketika sambil cuba untuk menahan air mata dari mengalir.  " hmm tak sedap hati kenapa ? abaikan rasa hati tu ... adikk pi baca buku eh ... Jangan fikir bukan sangat2 tau ..." Dibah cuba untuk pujuk dia.  Alhamdulillah, adikk mula tenang.  Dalam Dibah cuba untuk jaga keadaan supaya seperti berada di rumah tetiba ada nurse sedang menolak katil pesakit.  " Bunyi apa tu kak .." tanya adikk ... Dengan selamba Dibah jawab " ni kak tengah dok tengok tv laa ...." fiuhhh ...
Pukul 11** malam.  Ayah dipindahkan ke hospital lain atas faktor kelewatan ambil tindakan.  Selama 2 jam ayah berada dalam bilik X-ray dan CT Scan.  Akhirnya pada pukul 2.** pagi ayah dimasukkan ke dalam wad dan akan menjalani pembedahan pada keesokan hari ...

13/7/2013 ( sabtu ), ayah berada dalam dewan bedah dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang :'/ Allah ... Pada jam 5.30 ayah di bawa keluar dari dewan bedah dan dimasukkan ke dalam wad.  Ayah masih tak sedar ... Ayah nampak penat :'(  Dibah tengok nurse2 mula memasang wayar2 untuk menambahkan darah dan air untuk ayah.  Yaa, ayah Dibah mengalami tekanan darah rendah ...  Semoga Allah merahmati penderma2 darah yg sudi mendermakan darah mereka.  Baru dibah sedar betapa pentingnya penderma2 darah ini kepada golongan yg memerlukan.  Allah :')  Selang beberapa minit, Dibah nampak tangan ayah mula bergerak2 tapi ayah masih tak bukak mata.  Hari tu mak temankan ayah di hospital.  Dibah diamanahkan untuk menjaga adik2 dekat rumah.  Satu malam tanpa mak ayah, rumah terasa sunyi :'( Mak terus2an menghubungi kami untuk memberitahu perkembangan ayah.  Alhamdulillah, ayah dah mula sedar.  Terima Kasih Ya Tuhan :')

Setelah seminggu di hospital, akhirnya ayah dah boleh balik.  Selang beberapa minggu tu jugak mak dan Dibah mula tahu keadaan ayah yg sebenar.  Allah, Terima Kasih kerana Engkau berikan ayah peluang kedua untuk terus bersama kami :')  Terima Kasih juga kerana Engkau masih berikan kami peluang untuk bersama ayah :') Syukur tak terhingga.  Alhamdulillah :') Walaupun ayah terpaksa ambil masa yg lama untuk sembuh tapi ayah masih bersama kami.  Alhamdulillah :')

Semasa di hospital, dibah sedar sesuatu. Sebelum kejadian ni, Dibah pernah bersedih sebab tak dapat peluang untuk sambung pengajian ke IPTA.  Dibah kecewa dengan diri Dibah sendiri. Tapi pada masa tu baru Dibah sedar.  Ada hikmah Allah tak takdirkan Dibah untuk ke IPTA :') Ada hikmah kenapa page tu blank semasa Dibah nak buat rayuan.  Bukan sekali tapi berkali2 Dibah cuba tapi tetap blank sehingga dia terus lupa mengenai rayuan.  Dibah redha dengan ketetapan Allah.  Mak perlukan Dibah di rumah  .Yaaa, keluarga harus di utamakan.  InsyaAllah ^__^

Sebelum tu, Terima kasih kepada kawan2 yg sangat ambil berat.  Terima kasih juga kerana datang melawat.  Dibah jadi susah hati tengok dia orang susah hati dekat Dibah ... Eheh :') InsyaAllah, perlahan2 dia orang akan faham kenapa Dibah buat macam tu ^_^ Siapa yg tak nak sambung belajar, kan ? Cuma sekarang bukan rezeki Dibah lagi untuk sambung belajar dalam masa yg terdekat.  InsyaAllah, Allah ada simpan sesuatu yg indah untuk Dibah :') Dibah yakin ^_^ Pesanan buat mereka => " Tolong jangan risau.  Saya ok.  Saya dah besar.  Doakan yg terbaikk tau ....! "

Doakan ayah Dibah, En. Muhd Hasan supaya cepat diberi kesembuhan olehNya. ^_^  20/8, ayah ada appointment ke-2 dekat hospital.  Semoga semuanya positif, InsyaAllah ^_^  Sebelum terlupa
" Taqabballahu minna wa min kum .." Mohon ampun dan maaf jika berlaku kekhilafan :') Semoga Allah memberkhati kita semua ... Allahumma aamin