Bismillah ...
Bencikah aku pada dia ?
Macam orang putus cinta sudaa tajuk entry dibah kali ni kan ? Tapi perkataan BENCI tu memberi ilham kepada dibah untuk menaip .... Perkataan BENCI yg selalu muncul di status para wanita yg putus cinta membuatkan dibah terpanggil untuk mengongsi pendapat yg tak berapa hebat ...
Haaahh ... Bencikah kamu pada si dia setelah kamu dilukai bertubi2 dan ditinggalkan tanpa rasa belas kasihan ...? Mana pergi rasa sayang yg tinggi tahap dewa tu ... ? Mana ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah bertahun2 kamu melakukan maksiat ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah bertahun2 kamu menghabiskan masa hanya untuk dia ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah entah keberapa kali tahiyyat kamu pantas dan laju hanya untuk menyambung bermesej dengan si dia ? Kenapa sekarang baru rasa benci setelah entah keberapa kali kamu melawan dan menghempap pintu bilik apabila dicegah oleh mak ayah kamu dari meneruskan hubungan dengan si dia ?? Tapi kenapa baru rasa BENCI ? Kenapa ?
Adakah kerana si dia telah tinggalkan kamu ?
HEBAT ... Benci bilang cinta apabila sedar dimadukan tanpa dinikahi ... AWESOME bebeh ... Kamu bercintan cintun bagai nak rak bertahun2 tapi hanya sebab tu kamu mampu membenci dia ? haaaaahhhh PANDAI .....! ... Allah ... Allah ... Allah ... * nangis ...
TAPI ... Pernah tak kamu rasa benci atas segala perbuatan yg telah kamu lakukan SENDIRI bila bersama si dia ? Pernah tak rasa macam nak terjun dari bangunan KLCC apabila segala kata2 dusta yg di lafazkan oleh kamu sendiri terngiang2 di telinga ? Allah ... Allah ... Allah ... Kadang2 apabila lamunan mula menjauh dan kata2 dusta mula terngiang2 ... Terasa seperti hendak sorokkan diri di bawah meja sambil tutup kedua belah telinga sekuat hati ... Hati meronta2 supaya segala kata2 tu pergi menjauh ... Takut akan dosa sendiri ... * Istighfar sambil nangis T_____T Allah ...
Kenapa harus ada perasaan benci pada si dia ...?
Padahal .... Kalau tepuk sebelah tangan mesti takkan berbunyi .. kan ?
(cis sentap) Tak perlu rasa benci pada si dia kerana dia sedang hidup bahagia bersama yg lain ... Dia sedang memberi harapan bergunung kepada orang lain ... Tapi kita ? Hidup menderita sambil mengharap dia kembali ... Siang malam merintih mengenangkan nasib ditinggalkan ... Makan tak lena ... Tidur tak kenyang ... EH =.="
Kenapa kita TAK UBAH ....?
Dari sedih kepada gembira ...
Dari benci kepada sayang ... ( err mampukah sayang, InsyaAllah sayang sebagai saudara seagama )
TOLONG ... Jangan pernah benarkan perasaan benci menguasai diri ... Jangan pernah menyimpan perasaan dendam ... Jangan pernah sedih ... TAPI panjatkanlah rasa syukur sebab kita sudah tidak bergelumang dengan zina lagi ... INGAT !! SEKECIL2 DOSA YG KITA LAKUKAN TU, APABILA DILAKUKAN TIAP-TIAP HARI IA AKAN MENJADI DOSA YG BESAR <----- Hok tu yg paling bahaya ... Bagi kita " alaah pegang tangan sikit2 ja bukan buat apa pun " tapi kalau benda ni dilakukan tiap2 hari ? Pegang tangan Golongan ajnabi hukum dia apa ? .... Tu baru pegang tangan ... Tak campur dengan zina mata ... Tak darab dengan zina hati dan sebagainya ... Nanti dekat MASYAR ,Allah akan PLAYBACK semua2 tu ... Masa tu jangan tertunduk malu sambil tepuk dahi ...! Adeh ... Tapi Sebelum tu dekat alam kubur, kamu menjadi baik setelah kena lesing dengan Munkar Nakir ... Biasalah ... Masa tu nanti baru dok pakat2 teriak. Baru nak jadi baik, baru nak solat, baru nak tutup aurat, baru nak tinggalkan maksiat ... Di dunia, bila ditegur, "Alahh, kubur masing-masing, apa ko peduli?" Masa tu jangan sesekali MENYESAL .....! Dah kena lesing baru nak tau RASA ? Haaaaahhh ... Maaf, waktu tu nak bertaubat pun dah tak guna KAWAN ... Merayu macam mana pun untuk dikembalikan ke dunia, Allah takkan endah ... Kenapa ? Sebab ... Selama di dunia, Allah dah bagi peluang yg cukup ... Tapi kita ? Allah :'( Dok la dalam keadaan dihukum sehingga ke hari kebangkitan ... ( sakit kena pukul dengan rotan tak sama dengan sakit kena pukul di alam sana ...) Nauzubillah Min Zalikk ....
Amacam ? Masih nak ada rasa benci dekat En.Ex hampa ? Masih nak merayu2 supaya si dia kembali ke sisi
atau rasa benci tu dah beralih arah kepada diri sendiri ...?
INGAT ... Nabi sendiri tak membenci orang yg menyakiti baginda ... Tapi baginda masih mendoakan dan menolong mereka yg menyakiti baginda .... Dan hasilnya ... Alhamdulillah, mereka sendiri telah melafazkan syahadah ... ALLAHU AKBAR ... Contohilah baginda Rasululullah :)
Memang kita tak sehebat baginda kerana kita sering membiarkan emosi menguasai diri .... Tapi belajar untuk memaafkan ... Tak perlu membenci ... Jangan sakitkan hati yg telah cukup sakit dengan perasaan benci ... Kesian En.Hati :'( Mula2 tu memang rasa kelat untuk menerima semua ni tapi apabila kita telah berjaya redha untuk melepaskan sesuatu/sesorang kerana Allah ... Yakinlah Allah akan ganti ia dengan sesuatu yg TERBAIKKK ... Ingat !! Allah tak pernah hampakan hambaNya :') Dibah sayang anda ...
Dibah menulis sebegini sebab dibah pernah alami ... Dibah pernah rebah dalam alam percintaan ... Dibah pernah dengar kata2 nista yg dilafazkan ... Allah :'( Ampunkanlah hambaMu ... Hamba Khilaf :'( COUPLE yg dulunya menjadi keinginan dihati TAPI sekarang sudah menjadi musuh yg abadi .... Biarlah kita BERCINTA selepas NIKAH ... Tu lagi suwiiittt kan ? kan ? Biarlah kita jalinkan hubungan berpaksikan syariat islam ... Nak berkawan sekadar untuk berkongsi maklumat tak apa ... Tapi AWAS ....! Jangan biarkan nafsu menguasai diri yer ... Jaga DIRI ... Jaga HATI ... Jaga Iman ... OK ?
Di sini dibah ingin kongsikan sesuatu :
Musta'mal~
Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....
syeikh: kamu suka dia?
fulan: ya syeikh....
syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?
fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
syeikh: bila kamu akan menikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?
note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,int
lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....
FROM : Seseorang yg sangat awesome ^^
Sayang?
Jangan pernah takut untuk sendiri ... Sebab ?
Allah ciptakan kita pun dalam keadaan seorang diri .. Kita akan dibangkitkan pun dalam keadaan sendirian .. Dan akan dihisab pun dalam keadaan sendirian ^^ Lebih baik sendiri sebelum pada masanya dari berCOUPLE dengan orang yg tak sepatutnya ...DAN jangan pernah merasa sendiri ... KERANA Allah sentiasa di sisi :) KERANA keluarga setia menemani .... INGAT TU .....!
Allah ciptakan kita pun dalam keadaan seorang diri .. Kita akan dibangkitkan pun dalam keadaan sendirian .. Dan akan dihisab pun dalam keadaan sendirian ^^ Lebih baik sendiri sebelum pada masanya dari berCOUPLE dengan orang yg tak sepatutnya ...DAN jangan pernah merasa sendiri ... KERANA Allah sentiasa di sisi :) KERANA keluarga setia menemani .... INGAT TU .....!
INGAT ...! Allah sentiasa ada untuk hambaNYA ... Jika sedih maka luahkan segala kedukaan tu kepada Allah ... Perbanyakkan doa pada sujud terakhir anda kerana waktu tu adalah waktu yg paling dekat dengan Allah .... Menangis menyesali segala perbuatan kita sekarang dan bertindak untuk berubah adalah lebih baik daripada menangis penyesalan bila di alam sana ... Allah :')
Manusia marah kerana sayang ... Kalau Allah marah ..? Gullppp ~
Wallahu Alam ...
Fi Hifzillah ...
Tegur kerana sayang ...
CHILL OK (O_O)v
No comments:
Post a Comment
assalamualaikum ^__^
heyp si Comel
Sila tinggalkan CONTENGAN anda disini ...
Terima Kasih ...