Sunday, March 31, 2013

Malu ~_~


Bismillah ...

Apa habaq hampa semua hari ni ? Harap2 habaq baikk laa noh ... ( cakap penang lak cheq qinie .. hehe )  Korang tengah buat apa tu ...? Dibah tengah buat apa yg korang sukaa ni ... Heee mesti ada yg pelikkan dengan ayat 2 ... Hok aloh ... Dibah tengah dok menaip story untuk korang laa ni ... Yer laa, kalau korang tak suka dengan apa yg dibah tulis untuk entry2 dibah ni, takkan dibah ada pembaca yg setia kot ... Ngeh2 Ceeee perasan ja ada pembaca setia hehe ... Kalau ada ? Dibah just nak kata ... " Hi awak yg cumilll tu  :) Syukran alaik kerana sudi baca entry2 dibah yg tak seberapa nie ..." hehe



Berdasarkan daripada gambar di atas ... Apa yg korang nampak ? Dan jawapan yg pertama yg akan korang  jawab ialah korang nampak seorang perempuan berpurdah ... Am I right ?  Jawapan yg korang bagi tu salah ... salah ...  dan salah ... Niat dibah upload gambar ni bukan sebab dibah nak qoyak , " HI THERE, I AM WEARING PURDAH ...! "  Jauh sekali dari niat dibah ... Dibah jadikan pemakaian purdah sebagai gambaran kepada kata2 tu ... Kata2 apa ? Kata2 ni haaa => " Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman "  Dibah tak nak orang sekeliling salah anggap ... Sebab ada yg tanya, " kakak ni memang pakai purdah eh ..." Dibah tanyalah kenapa ... Dia kata " sebab cara kakak nampak macam kakak memang pakai purdah ... Nampak macam selesa  "

Heeee Asif Jiddan adikkk ... Kak tak layak lagi nak pakai purdah sebab kak tak bersedia lagi walaupun ada terdetik di hati nak pakai ... hehehe ... Takut tak teristiqomah ... Sejujurnya itulah gambar pertama yg dibah ambil dengan memakai purdah ... Sebelum ni dibah cuba pakai dalam rumah ja... Heee First2 pakai ... Allah ... Allah ja yg tau apa yg dibah rasa ... Tak tergambar dengan kata2 ... Pastu dibah cuba pula pakai niqab flexible tu ... Allah ... Yg tu lagilah tak terkata apa ... Subahanallah :D Hehehe ...

OK ... OK ... Ada sebab dibah upload gambar tu berserta dengan kata2 tu ... Sekarang ni dekat laman sosial banyak sangat kaum hawa upload gambar2 yg mendedahkan aurat mereka ... Mana letaknya MALU korang ? Yg si lelaki pun makin galak mengepos gambar2 kaum hawa yg tak sepatutnya ... Mana letaknya MALU korang ? Jangan hampa kata " sapa suruh depa tayang ... kami pos laa dah kami tengok cuuunn ja  ..." Ewaaahhh cikk abang ... Depa tayang ... Cik abang lagi2 menghebahkan gambar tu napa ? Aib orang dah tak reti jaga ka ? Dah perempuan tu ngeekk dok mengupload gambar2 macam tu ... Yg hampa lagi2 ngeekkk dok hebahkan gambar tu napa ...? Pastu siap leh pi bagitau nuu " tu aweekkk aku ... hampa ada ...? " Astagfirullahalazim ... Apa nak jadi dengan sahabiah2 sekalian :'(  Korang nak ka Allah buka aib korang dekat akhirat kelak ?? Nak ka ? Sanggup ka nak  tengok sekecil2 dosa kalian di pra tontonkan dekat masyar kelak ? Pikir2 sendirilah eh ... Aib orang ni bukan benda yg boleh dibawa main ...
TAU ?

Untuk kaum hawa tengok nie, Allah pernah berfirman :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur ayat 31.

 Allah SWT menyuruh perempuan yang beriman itu menjaga diri mereka. Penjagaan inilah yang merupakan ‘malu’ yang sepatutnya ada pada perempuan yang ingin menjadi Bidadari Dunia. Dia bukan muncul di khalayak untuk menggoda, menunjuk-nunjuk dirinya, tetapi dia bergerak hanya dalam batas-batas yang dibenarkan Tuhannya ...

Dan baca yg ni pula wahai Kaum Hawa yg disayangi :
 ( kata2 nie dibah copy daripada saudara Hilal Asyraf )

Bidadari Dunia itu mahal kerana dia malu kepada Allah SWT. Sebab itu, dia bukan menuruti rasa ‘malu’ yang terbit daripada ‘rasa’nya. Sebab itu, Bidadari Dunia masih bercakap di hadapan sekiranya dia diperlukan. Bidadari Dunia akan turun ke medan saat dia diperlukan. Bidadari Dunia akan bergaul dengan lelaki saat dia diperlukan. Walaupun mungkin ramai yang merasa ‘malu’ untuk itu, tetapi Bidadari Dunia bukan sedemikian.

Bidadari Dunia menjadi indah dengan ‘malu’nya apabila, dalam dia kelihatan ‘berani’ itu, dia menjaga batas-batas yang Allah SWT telah gariskan.

Bidadari Dunia tidak ‘berani’ sehingga mendedahkan auratnya, bentuk tubuhnya. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melanggar arahan Allah SWT.

Bidadari Dunia tidak akan terlalu ‘berani’ bergaul dengan lelaki ajnabi, berlebih-lebihan hingga hilang kehormatan dan kemahalalan dirinya. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melangkaui batas yang dibina oleh Allah SWT.

Bidadari Dunia tidak akan terlalu ‘berani’ ke hadapan dengan lenggang yang mengiurkan, suara yang menggoda, dan sikap gedik yang mengada-ngada. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melangkaui batas yang dibina oleh Allah SWT.

Mengapa saya ulangi, bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya ?
Kerana, ada orang, dia memang sikit pun tak rasa malu mendedahkan rambutnya. Pada dia, biasa. Hatinya tak tercuit pun rasa segan bila mendedahkan bahunya. Pada dia, biasa. Ada orang, dia memang rasa biasa bertepuk tampar dengan yang bukan sejenis, memang rasa tak ada masalah bila dia buat suara menggoda dan sebagainya. Pada dia, itu biasa.

Jadi, Bidadari Dunia ni bukan ikut ‘apa dia rasa’.
Bidadari Dunia ini, ikut ‘apa Tuhan dia kata’.
Walaupun dia tak malu nak dedahkan tubuhnya, dia rasa ‘malu’ juga untuk melakukannya kerana itu adalah batas antara ketaatan dia kepada Allah, dan keingkaran dia kepadaNya ...

Wanita itu, menonjol tetapi tidak pula kita rasa mereka ‘murah’... Bahkan kita rasa ‘hormat’... Mereka itu, punya batas-batas, tetapi tidak pula kita lihat mereka terkongkong ... Bahkan kita melihat mereka ‘bebas’.
Malu telah menjaga akhlak mereka ... Malu telah menjaga maruah mereka .... Malu telah menjaga peribadi mereka ... Malu telah menjaga prinsip mereka ... Malu telah menjaga kecantikan mereka ... Malu telah menjaga tubuh mereka ... Buat mereka mahal, semahal-mahalnya ... Kita sejuk mata memandang mereka menutup aurat dan akhlak yang cantik ... Dan tidak pula kita rasa meluat apabila mereka ke hadapan dan bergaul di dalam masyarakat ... Bahkan sering kali kita tersenyum dan merasa lega ...
Mujur ada perempuan sedemikian yang berjalan di atas dunia ... Kerana kita tahu Wanita itu punya malu yang menjaga mereka, membuatkan mereka sentiasa kelihatan indah dan menyenangkan ...



Allahu Rabbi :'(

# Ni untuk renungan bersama ... Dibah tak nak kaum dibah terleka ... Sedarlah sayang ... Dan cubalah untuk berubah :'(  Cukup2lah menikmati kebahagian di dunia yg sementara ni ... Allah sedang tunggu kita untuk berubah sayang :'(  Allah ....





2 comments:

  1. As salam...Entry kali ni mnyentuh kalbu :')...Apa yg dbah ckp tu memg betul... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ... syukran alaik nina :)
      sama2 kita cuba yg terbaik untuk menyelamatkan sahabiah2 & diri kita sendiri :)

      Delete

assalamualaikum ^__^
heyp si Comel
Sila tinggalkan CONTENGAN anda disini ...
Terima Kasih ...