Bismillah ^___^
Assalamualaikum ...
Alhamdulillah ..
Beberapa hari lepas, Dengan Izin Allah akhirnya buku " Tuhan Sedang Menguji kita " by Ustaz Kazim Elias (UKE) menjadi milik Dibah. Dah lama Dibah cari buku ni dekat area sini. Kakak yg jaga kedai tu senyum ja tengok Dibah. Ya la, dah berapa kali duk keluar masuk kedai dia dengan perasaan hampa heee
Malam ni, InsyaAllah Dibah nak kongsikan salah satu tajuk yg ada dalam buku ni. " La Taghdab, Redakan Kemarahanmu .."
Sepotong hadis yg bermaksud, " Diriwayatkan daripada Aisyah r.a telah bersabda Nabi s.a.w, " Bahawasanya daripada yg sempurna orang mukmin pada imannya ialah yg lebih elok mereka itu pada perangainya dan lemah lembut mereka itu dengan ahlinya." ( Hadis Riwayat Aisyah )
Rasulullah menganjurkan kita agar jangan suka marah-marah. Anjuran ini seharusnya direnungi dan dihayati dengan hati terbuka. Apa yg pasti, itu bukan bermakna bahawa kita tidak boleh marah. Tapi biarlah kemarahan itu digunakan di tempat yg betul.
Kategori Marah .. Kita Di Mana ??
Sebagai muhasabah kita bersama, mari renungi empat peringkat marah yg digariskan. Kemudian cuba renungi di manakah kedudukan kita dalam kategori marah ni.
1) Orang yg cepat marah dan lambat reda.
Orang yg berada dalam kategori ni dianggap sebagai teruk. Sudahlah cepat timbul kemarahan, lambat pula redanya. Orang akan ambil masa yg agak lama untuk memujuknya.
2) Orang yg cepat marah dan cepat reda.
Ni adalah marah seperti kemarahan Nabi Musa kepada Nabi Harun. Kemarahan Nabi Musa dapat dilihat setelah baginda pulang dari mengambil kitab Taurat. Sebelum berangkat, Nabi Musa telah berpesan kepada saudaranya, Nabi Harun agar menjaga umat mereka. Namun setelah pulang, baginda melihat umatnya menyembah patung anak lembu. Lalu ditariknya janggut Nabi Harun.
" Aku dah kata dah, jaga umat kita. Kenapa kamu biarkan mereka sembah berhala? " marah Nabi Musa
Melihatkan kemarahan Nabi Musa, Nabi Harun kemudian berkata, " Wahai anak ibuku. Janganlah kamu marah kepadaku. Aku telah menasihati mereka. Tapi mereka enggan mengikutinya. "
Mendengar perkataan " Wahai anak ibuku " yg keluar dari mulut Nabi Harun, Nabi Musa kemudian melepaskan tangannya. Kemarahan baginda kemudian reda. Lihat, inilah contoh mereka yg mempunyai kemarahan seperti Nabi Musa iaitu cepat marah dan cepat reda.
3) Orang yg lambat marah dan cepat reda.
Orang yg termasuk dalam kategori ni menunjukkan reaksi yg sedikit cool. Katalah apa sahaja kepadanya, dia tidak akan marah-marah. Walaupun dikutuk, dikata pelbagai gelaran, dia hanya tersenyum. Tapi apabila dia marah, hah.... Siaplah ! Semua orang akan terkejut. Namun setelah orang yg bersalah kepadanya meminta maaf, dia sudah memaafkan. Bagus kan !
4) Orang yg lambat marah dan lambat reda.
Inilah jenis kemarahan yg paling teruk. Lambat marah tetapi mengambil masa yg lama untuk pulih kembali. Kemarahan begini ada pada Damak, watak Nordin Ahmad dalam cerita Seri Mersing. Lambat marahnya tetapi apabila dia marah, merajuknya begitu teruk. Masih ingatkan dialog yg membabitkan ibunya, Buruk dan Pak Malau?
Akibat marahnya, Damak merajuk sehingga ingin pulang ke Pahang. Meskipun Pak Malau memujuk, namun tidak dilayannya.
" Damak, aku ada hajat besar dengan kau, Damak. "
" Sebelum Pak Malau sampaikan hajat Pak Malau, biarkan saya sampaikan hajat saya Pak Malau. "
" Apa hajat kau Damak? "
" Saya ingin pulang ke Pahang. "
Pak Malau tidak berputus asa. Lalu dipujuknya Damak agar tidak meneruskan hajatnya itu.
" Janganlah begitu Damak. Kau tinggallah di Mersing ini. Kau kahwinlah dengan Sri. "
Damak menjawab, " Kajang Pak Malau, kajang berlipat. Kajang hamba mengkuang layu. Dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba terbuang lalu. "
Buruk bukan merajuk Damak ni, kan?
P/S : Nasihat UKE :
Sentiasalah bersabar apabila terasa ingin marah. Seandainya merajuk, janganlah terlalu teruk seperti Damak. Berpada-padalah. Sekiranya ada khilaf sesama kita, jadikanlah sebagai sempadan. Buang yg keruh, ambil yg jernih.
Haaa, Dengar tu nasihat Ustaz. Dop molek marah-marah
Islam mengajar kita cara yg patut kita lakukan untuk mengawal rasa marah. Jadi selamat beramal ◕‿-
Lailah Saedah ◕‿◕
No comments:
Post a Comment
assalamualaikum ^__^
heyp si Comel
Sila tinggalkan CONTENGAN anda disini ...
Terima Kasih ...