Sunday, March 31, 2013

Malu ~_~


Bismillah ...

Apa habaq hampa semua hari ni ? Harap2 habaq baikk laa noh ... ( cakap penang lak cheq qinie .. hehe )  Korang tengah buat apa tu ...? Dibah tengah buat apa yg korang sukaa ni ... Heee mesti ada yg pelikkan dengan ayat 2 ... Hok aloh ... Dibah tengah dok menaip story untuk korang laa ni ... Yer laa, kalau korang tak suka dengan apa yg dibah tulis untuk entry2 dibah ni, takkan dibah ada pembaca yg setia kot ... Ngeh2 Ceeee perasan ja ada pembaca setia hehe ... Kalau ada ? Dibah just nak kata ... " Hi awak yg cumilll tu  :) Syukran alaik kerana sudi baca entry2 dibah yg tak seberapa nie ..." hehe



Berdasarkan daripada gambar di atas ... Apa yg korang nampak ? Dan jawapan yg pertama yg akan korang  jawab ialah korang nampak seorang perempuan berpurdah ... Am I right ?  Jawapan yg korang bagi tu salah ... salah ...  dan salah ... Niat dibah upload gambar ni bukan sebab dibah nak qoyak , " HI THERE, I AM WEARING PURDAH ...! "  Jauh sekali dari niat dibah ... Dibah jadikan pemakaian purdah sebagai gambaran kepada kata2 tu ... Kata2 apa ? Kata2 ni haaa => " Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman "  Dibah tak nak orang sekeliling salah anggap ... Sebab ada yg tanya, " kakak ni memang pakai purdah eh ..." Dibah tanyalah kenapa ... Dia kata " sebab cara kakak nampak macam kakak memang pakai purdah ... Nampak macam selesa  "

Heeee Asif Jiddan adikkk ... Kak tak layak lagi nak pakai purdah sebab kak tak bersedia lagi walaupun ada terdetik di hati nak pakai ... hehehe ... Takut tak teristiqomah ... Sejujurnya itulah gambar pertama yg dibah ambil dengan memakai purdah ... Sebelum ni dibah cuba pakai dalam rumah ja... Heee First2 pakai ... Allah ... Allah ja yg tau apa yg dibah rasa ... Tak tergambar dengan kata2 ... Pastu dibah cuba pula pakai niqab flexible tu ... Allah ... Yg tu lagilah tak terkata apa ... Subahanallah :D Hehehe ...

OK ... OK ... Ada sebab dibah upload gambar tu berserta dengan kata2 tu ... Sekarang ni dekat laman sosial banyak sangat kaum hawa upload gambar2 yg mendedahkan aurat mereka ... Mana letaknya MALU korang ? Yg si lelaki pun makin galak mengepos gambar2 kaum hawa yg tak sepatutnya ... Mana letaknya MALU korang ? Jangan hampa kata " sapa suruh depa tayang ... kami pos laa dah kami tengok cuuunn ja  ..." Ewaaahhh cikk abang ... Depa tayang ... Cik abang lagi2 menghebahkan gambar tu napa ? Aib orang dah tak reti jaga ka ? Dah perempuan tu ngeekk dok mengupload gambar2 macam tu ... Yg hampa lagi2 ngeekkk dok hebahkan gambar tu napa ...? Pastu siap leh pi bagitau nuu " tu aweekkk aku ... hampa ada ...? " Astagfirullahalazim ... Apa nak jadi dengan sahabiah2 sekalian :'(  Korang nak ka Allah buka aib korang dekat akhirat kelak ?? Nak ka ? Sanggup ka nak  tengok sekecil2 dosa kalian di pra tontonkan dekat masyar kelak ? Pikir2 sendirilah eh ... Aib orang ni bukan benda yg boleh dibawa main ...
TAU ?

Untuk kaum hawa tengok nie, Allah pernah berfirman :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur ayat 31.

 Allah SWT menyuruh perempuan yang beriman itu menjaga diri mereka. Penjagaan inilah yang merupakan ‘malu’ yang sepatutnya ada pada perempuan yang ingin menjadi Bidadari Dunia. Dia bukan muncul di khalayak untuk menggoda, menunjuk-nunjuk dirinya, tetapi dia bergerak hanya dalam batas-batas yang dibenarkan Tuhannya ...

Dan baca yg ni pula wahai Kaum Hawa yg disayangi :
 ( kata2 nie dibah copy daripada saudara Hilal Asyraf )

Bidadari Dunia itu mahal kerana dia malu kepada Allah SWT. Sebab itu, dia bukan menuruti rasa ‘malu’ yang terbit daripada ‘rasa’nya. Sebab itu, Bidadari Dunia masih bercakap di hadapan sekiranya dia diperlukan. Bidadari Dunia akan turun ke medan saat dia diperlukan. Bidadari Dunia akan bergaul dengan lelaki saat dia diperlukan. Walaupun mungkin ramai yang merasa ‘malu’ untuk itu, tetapi Bidadari Dunia bukan sedemikian.

Bidadari Dunia menjadi indah dengan ‘malu’nya apabila, dalam dia kelihatan ‘berani’ itu, dia menjaga batas-batas yang Allah SWT telah gariskan.

Bidadari Dunia tidak ‘berani’ sehingga mendedahkan auratnya, bentuk tubuhnya. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melanggar arahan Allah SWT.

Bidadari Dunia tidak akan terlalu ‘berani’ bergaul dengan lelaki ajnabi, berlebih-lebihan hingga hilang kehormatan dan kemahalalan dirinya. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melangkaui batas yang dibina oleh Allah SWT.

Bidadari Dunia tidak akan terlalu ‘berani’ ke hadapan dengan lenggang yang mengiurkan, suara yang menggoda, dan sikap gedik yang mengada-ngada. Bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya, tetapi kerana dia malu untuk melangkaui batas yang dibina oleh Allah SWT.

Mengapa saya ulangi, bukan kerana dia mengikut rasa ‘malu’ yang terbit daripada perasaannya ?
Kerana, ada orang, dia memang sikit pun tak rasa malu mendedahkan rambutnya. Pada dia, biasa. Hatinya tak tercuit pun rasa segan bila mendedahkan bahunya. Pada dia, biasa. Ada orang, dia memang rasa biasa bertepuk tampar dengan yang bukan sejenis, memang rasa tak ada masalah bila dia buat suara menggoda dan sebagainya. Pada dia, itu biasa.

Jadi, Bidadari Dunia ni bukan ikut ‘apa dia rasa’.
Bidadari Dunia ini, ikut ‘apa Tuhan dia kata’.
Walaupun dia tak malu nak dedahkan tubuhnya, dia rasa ‘malu’ juga untuk melakukannya kerana itu adalah batas antara ketaatan dia kepada Allah, dan keingkaran dia kepadaNya ...

Wanita itu, menonjol tetapi tidak pula kita rasa mereka ‘murah’... Bahkan kita rasa ‘hormat’... Mereka itu, punya batas-batas, tetapi tidak pula kita lihat mereka terkongkong ... Bahkan kita melihat mereka ‘bebas’.
Malu telah menjaga akhlak mereka ... Malu telah menjaga maruah mereka .... Malu telah menjaga peribadi mereka ... Malu telah menjaga prinsip mereka ... Malu telah menjaga kecantikan mereka ... Malu telah menjaga tubuh mereka ... Buat mereka mahal, semahal-mahalnya ... Kita sejuk mata memandang mereka menutup aurat dan akhlak yang cantik ... Dan tidak pula kita rasa meluat apabila mereka ke hadapan dan bergaul di dalam masyarakat ... Bahkan sering kali kita tersenyum dan merasa lega ...
Mujur ada perempuan sedemikian yang berjalan di atas dunia ... Kerana kita tahu Wanita itu punya malu yang menjaga mereka, membuatkan mereka sentiasa kelihatan indah dan menyenangkan ...



Allahu Rabbi :'(

# Ni untuk renungan bersama ... Dibah tak nak kaum dibah terleka ... Sedarlah sayang ... Dan cubalah untuk berubah :'(  Cukup2lah menikmati kebahagian di dunia yg sementara ni ... Allah sedang tunggu kita untuk berubah sayang :'(  Allah ....





Tuesday, March 26, 2013

Mabrook sayang !!


Bismillah ....


Alhamdulillah ... Sekarang ni dua2 beradik dah tau result masing2 ... Mabrook sayang kak ... Akhirnya adik dapat result yg gempak ( 21/3 ) ... Hehehe ...  Ada orang report kat mak yg kita tak wish TAHNIAH dekat dia ... Alo2 sedihnya hehehe ... Tulah buat lagi perangai yg cumilll 2 ... Kan dah kena isytihar perang ... Ngeh2 ... Kak wish dalam hati jaa ... I'm proud of you kecikkk ... 

Tetiba rindu kenangan study malam sama2 ... Yer laa, kalau dibah nantok sangat2 bila tengah study, dibah pesan dekat adik suruh gerak dibah balik dalam 10 minit ... 10 minit laa sangatkan ... Bangunnya tak pun ... Hehehe ... Paham2 ja laa nikmatnya kalau dapat bantai macam mana ... Bummmm terus ~ ~

Pahit manis study malam kita dah lalui dan alhamdulillah adik dapat apa yg adik usahakan selama ni ...  Yeaaa awakk ...!  Science kita mantop lagi hehehe ... Benda ni laa yg dibah dok gaduh dengan dia ... Adik kata science dia dengan dibah tak sama  ... Yelah orang budak aliran sains ... Kita ni akaun ja '______' Tak pa laa asalkan benda 2 ada kena mengena dengan science juga, kan ? kan ? Please accept it :P hahaha

OK ... Mudah2an keinginan adik nak masuk matrikulasi 2 tercapai ... ~ Allahumma Aamin ~ Orang 2 nak jadi DOKTOR 2 ... Dibah dengar cita2 dia, dibah yg pening kepala hehehe  Adeh =_="  kejap doktor, kejap pensyarah, kejap peguam  -_- ... Karier peguam 2 elok sangat dengan dia sebab ... err .. err ... sebab ... adik dibah suka cakap ... cakap ... dan  cakap tak berhenti ... Herrr ... Tak taulah napa budak 2 banyak mulut sangat ngeee Tapi dia minat nak jadi doktor bahagian perbidanan ... PERBIDANAN OK ...! Dia dah pesan dekat dibah siap2 ... " kak, nanti kalau kak nak bersalin meh dekat adik tau ..." heeee dalam hati ..." oh ... TIDAKKKK ....! sy akan lari jauh2 dari awak, 
Dr. Nur Basirah .... " hehehe ...





Honestly .... Dibah tak taulah macam mana dia nak jadi doktor ... Bahagian perbidanan pulak 2 ... Haru2 ... korang nak tau ka kenapa dibah kata haru ...? Nak ? heee meh sini nak bisik ... ( sayang ... sorry ...! sy nak gosip2 pasal awak ni ... )  Ngeh2 .... Ehem ... Adik dibah yg sorang 2 alah kepada HOSPITAL sejak dari kecik lagi ... Asal pi hospital ja dia nak pitam ... Tengok ambulans terus dia nak lari jauh2 ... Tu baru ambulans 2 ... Tak tengok orang yg cedera sebab excident lagi .... herrrr haru kan ? hahahaha 





TAPI ... Dibah tabik springgggg dekat adik ... sebab masa kita orang pi tengok arwah nenek dekat hospital dia yg paling kuat ... Masa 2 nenek dibah tengah nazak ... dibah tengok nenek dari luar bilik ja ... Dibah tak sanggup tengok nenek macam 2 :'(  Dibah yg mula menangis ... Bila mak saudara dan ayah panggil dibah masuk, dibah undur langkah ke belakang ... Dibah tak sanggup dengar bunyi mesin2 2 ... Banyak darah dekat katil nenek :'(  Tak tau apa yg doktor dah buat ... Allah :'(  Telinga dibah masih terngiang2 lagi bunyi mesin 2 ...  Kaki nenek bergetar setiap minit ... :'(  Masa 2 adik yg kuatkan dibah ... Dia ajak dibah turun ke lobi untuk tenangkan diri ... Dibah hairan juga, kenapa budak ni yg pujuk aku, kalau tak dia yg mula nak pitam ... Heeee ....

Yaaa, Allah bagi kekuatan untuk dia ... Untuk kuatkan dibah ... Apa2 pun ... Tahniah yer BUDAK ....! Lepas ni kalau ada rezeki masuk matrik ... Adik kena struggle ... Tak boleh qalit ...! and One more thing ... Belajar tidur tanpa bantal wangi awakkk 2 :P heeee  

MABROOK juga untuk adik2 SPM batch 95 ... Tak lupa juga untuk sahabiah2 yg ambil result STPM 18/3 hari 2 ... Semoga semuanya berjaya dalam hidup   
OK ...! Go ... Go ... Fighting ... !




 Adikkk .... Kalau jadi doktor nanti ( Insyaallah ), untunglah dapat sambut baby yg comey2 macam ni ... heee ...


Monday, March 18, 2013

Terjawab Sudah Usahaku ..







 Bismillah ^_____^


Hanya dekat blog ja tempat yg paling bebas dari status2 tentang STPM ....! Heeeee .... Yeahhh result dah keluar dah ... Kawan2 dibah dapat result yg gempak ... 2 kawan2, yg dibah nie amacam pulak ...? Errr ... Errr ... Cheq LULUS ... tapi jangan ditanya pasal POINTER ...! Tapi apa2 pun dibah redha ja ... Dibah terima apa yg berlaku dengan hati yg terbuka ... Past is past, right ? Sekarang dibah buka lembaran baru ... Yeaahhh 2013 sangat bermakna dalam hidup dibah ... Sebab ? Tahun ni dibah dah mula berhijrah ... Tahun ni dibah akan cuba untuk tinggalkan segala keseronokkan dunia dan cuba untuk terus berlari dalam mengejar redhaNya ... Insyaallah ^__^

Betul cakap orang2 tua, bila usia kita dah mula meningkat baru kita akan nampak apa yg sepatutunya perlu kita nampak pada masa dulu, kan ? Dan pada usia yg semakin tua ni baru otak kita mula berfikir secara terbuka dan matang ... Yeaaahhh terima juga hakikat yg diri makin tua ... Hehehe ... Umur memang makin meningkat tapi amal ibadat pun kena terus meningkatlah 
kan ? Haaaa jangan lupa 2 ... 




Lepas ni dibah dah plan nak sambung belajar dekat mana dan alhamdulillah mak ayah izinkan ... Korang nak tau ka dekat mana ? ssuhhhh RAHSIA ...! Nanti, insyaallah bila dah confirm dibah akan bagitau korang    yer ....!  Dibah tak nak gembar gemburkan benda yg tak pasti lagi takut tak menjadi ... Insyaallah dibah akan cuba tebus balik segala kekhilafan yg dah dibah buat ...

Dibah tak nak air mata ni mengalir macam tadi ... Dibah cuba tahan tapi bila cikgu peluk, air mata ni terus gugur ... Apa yg sempat dibah kata dekat cikgu ialah, " saya takut " ... Cikgu tenangkan dibah ...  Tapi mesti akan terbit rasa kecewa di hati cikgu kan ? Hmmm dibah rasa bersalah dengan semua yg ada di sisi dibah ... Dibah cuba kuat dengan adanya mereka di sisi ... Mak pun tadi risau tengok dibah tak makan ... Semua cuba sembunyikan kekecewaan dari dibah ... Allahu Rabbi :'(  Sembunyi sedalam mana pun rasa 2, dibah akan dapat rasa ... Maafkan dibah semua ... Tolong jangan tinggalkan dibah yer ... Dibah perlukan semua di sisi dibah :'(

........................................
 
BTW, tadi masa dekat sekolah ada benda yg mengejutkan terjadi ... Heee  dibah terkejut sebab kawan2 sambut penghijrahan dibah dengan sangat baik ... Terkejut dan terharu bila ada yg ucapkan tahniah hehe ... Blushing ... Yer la dibah ingatkan kawan dibah nak ucap tahniah sebab result gempak ka apa Tapi dia ucap tahniah sebab penghijrahan dibah ... Agak cuak di situ ... hehe al maklumlah masa 2 otak ni memang tengah serabut ... Disebalik kedukaan 2 Allah tetap pancarkan sedikit kegembiraan untuk dibah ... Alhamdulillah ... Korang doa2kan la yer semoga dibah akan terus kuat untuk beristiqomah ... 

Nasihat untuk adik2 dibah yg masih belajar ... Korang manfaatkanlah  zaman belajar korang dengan sebaik mungkin ... Jangan sia2kan zaman belajar ... Sesungguhnya ia sangat2 berharga :) ... Akak tak layak nak nasihatkan korang sebab akak pun pernah hanyut dengan dunia yg sementara ni ...  Tapi akak tak nak adik2 akak menyesal kelak ..  Akak citer berdasarkan apa yg akak lalui ... Tak perlu pikir tentang soal hati ... Jodoh Allah yg tentukan adik2 ... Kalau tak dapat memiliki para ikhwan di dunia ni, Insyaallah allah akan temukan kita dengan pasangan kita dekat syurga nanti ... Allah tak kan biarkan kita keseorangan ^___^  Even sekarang kita keseorangan tanpa cinta seorang lelaki TAPI korang jangan lupa yg Allah sentiasa ada dengan kita ... 
 Sentiasa ... ! Ingat 2 ... ! Buat masa sekarang cukuplah Allah, mak ayah dan adik beradik yg bersama kita ...! OK sayang2 akak sekalian :D

Wallahu Alam :')





Saturday, March 16, 2013

Keputusan OH Keputusan !!

 Bismillah ^___^

 Ehem ... Ehem ... KORANG ............! Keputusan STPM nak keluar dah ... Macam2 rasa yg dibah dapat rasakan sekarang ... Tinggal satu hari ja lagi  ... 18 March nie keputusan akan diumumkan ...

Apa yg dibah boleh buat sekarang adalah tawakal dan terus berdoa supaya hati dibah akan tenang walau apa pun keputusan yg bakal dibah dapat ... Mak pun banyak nasihatkan dibah ... Tapi dibah yg tak yakin ... Tak kuat ... Allahu Rabbi :'(  





Dibah harap dibah akan dapat pointer yg baik dan dapat melanjutkan pelajaran dibah  ke UNIVERSITI   ~aamin~ 

BTW ... Tak lupa jugak untuk sahabat2 seperjuangan dibah ... Dibah harap kita sama2 akan dapat keputusan yg cemerlang dan sama2 akan menjejakkan kaki ke Menara Gading  ... ~ aamin ~ 
Insyaallah ... 2 lah impian kita kan walaupun agak main2 sikit masa mula2 2 hehe ...

OK ... Jumpa korang masa ambil result nanti yer ... Daaa .. ^__^



Dear Result :
Please be nice to me ... OK ...! Jika apa yg bakal aku dapat adalah baik, aku akan anggap bahawa Allah sedang memberikan aku peluang untuk menebus segala kekhilafan yg telah aku lakukan pada masa dulu ... Jika apa yg bakal aku dapat adalah sebaliknya akan aku terima dengan hati yg lapang dan tenang, Insyaallah ...

Saturday, March 9, 2013

Saya masih sama ^__^







Hyee korang apa cer ? Sihat tak ? Hopefully korang sihat2lah yer ... So ... Macam mana dengan perjalanan hidup korang ? Adakah masih sama OR dah ada perubahan ? PERUBAHAN ? Maksud dibah berubah menjadi lebih baik dari semalam la ... Tak mo berubah jadi benda lain ... Tak mo ... :P  Kalau dah ada perubahan 2, dibah nak ucapkan TAHNIAH ...! KEEP IT UP OK ...! Dibah sentiasa sokong korang dari belakang ... Yg belum 2 bila lagi ? Haa jangan tunggu lama2 tau ... Benda baik tak baik tangguh2 ...

Malam ini tetiba terdetik di hati dibah untuk kongsikan dengan korang tentang cabaran yg dibah lalui setelah perhijrahan dibah ini ... Setelah bertudung labuh ni Allah bagi ujian supaya dibah dapat kenangankan semua ni nanti, bila dibah rasa tak kuat untuk beristiqomah ... 

OK ... OK ... Cabaran dibah yg pertama ialah, dibah tak ada lesen kereta T_____T ... Boleh bayangkan tak seorang perempuan bertudung labuh bawa moto dengan L.A.M.B.A.T.N.Y.A ... Rasanya kawan2 sekolah dibah paham sangatlah kalau dibah bawa moto macam mana ... hehehe ... PEACE ...! Maaf penampilan saya sahaja yg berubah tapi saya masih gelong2 macam dulu lagi hehehe ...! Kadang2 adik dibah kata, " kak ? kak sedar tak keadaan kak nie macam mana  ... " Ooops napa ? Tak boleh yer ? heee Sabo banyaklah adik dengan kerenah dibah nie  lalalala ... Adik ada juga tanya dibah, " tak nak ka ambil lesen kereta .." heee Rasanya moto lagi best dari kereta ... Cepat sampai ... Kan ? Kan ? Tapi kadang2 rasa malulah jugak -_- hmm insyaallah lepas ni dibah ambillah lesen kereta dengan harapan Ayah tersayang belikan sejibik kereta yg di idam2kan 2 ... ~aamin~



Honestly dibah teringin nak ada moto yg berkuasa tinggi 2 ... Serius geram tengok dia orang bawa moto berkuasa tinggi dekat atas highway ... Mesti korang pelikkan ? Haaa tak payahlah mung nak pelik sangat ... Sesungguhnya wanita bertudung labuh pun boleh bawa moto berkuasa tinggi tau ... Jangan pandangku sebelah mata, Hanya kerna ku pegang title MUSLIMAH ... Hehehe ...

Cabaran seterusnya ialah dengan SARUNG TANGAN ... Sejujurnya dibah tak pernah pakai sarung tangan kecuali time baby < perlu ka sebut time baby ? =_=" gasaklah dibah ooii, ngee >  dan time kawad form 6 ... Kali ni tahun ni dibah pakai sarung tangan ... Semuanya di atas sebab2 tertentu ... Dibah takut kalau dibah akan kekal pakai sarung tangan sebab dibah ni jenis orang yg cepat rasa selesa  ... Hmm tak pa lah, dibah anggap semua 2 sebagai latihan untuk masa depan huhu ... Dibah tak nak terburu2 dalam hal ni sebab tudung labuh ni pun tak teristiqomah < kak solehah, cheq curi ayat kak jap eh > ... Kepada kawan2 yg pernah nampak dibah sekejap pakai sarung tangan sekejap tak 2, korang jangan salah anggap tau ... Dibah ada alasan sendiri ... Apa ?? korang nak tau ? Ehhhh mana boleh :P Rahsia dibah 2 ...



Eh, eh lari dari topik pulak dibah nie ... Asif ... OK ... Cabaran dengan sarung tangan ialah dibah susah nak pegang barang ... Nak taip mesej pun, masyaallah punyalah payah sebab rasa licin huhu Mesti orang yg tengok 2 ingat yg dibah nie first time pakai handphone kan ?? heee memang agak kelam kelibut juga la especially bila tak dapat nak rasa dengan sentuhan ... Adik kata tara nak biasa macam 2 la, Nampak agak teruk sikit ... Huh ...! Soklan yg berulang2 kali adik dibah tanya " kak ok tak pakai sarung tangan nie ..." Risau beno dekat kak dia yer huhuhu ... Terharu :P

Cabaran yg berikutnya ialah dibah hanya mampu tengok ja baju2 yg dibah suka pakai sebelum2 ni ... Hak 2 iman memang kena betul2 kuat ... Hari 2 dibah ada g shopping dengan adik, tetiba mata nie terpaut dekat baju kemeja yg dibah suka ... Hanya mampu tersenyum ja ... Dibah cuba cari juga baju yang  macam 2 tapi  sayang tak jumpa ... Sedih ... Dibah cuba pujuk diri dibah ni ... Yer la mana nak tau nanti keluar tetiba jumpa dengan baju yg lagi cantik dari macam 2 ... Kan ? Heee

One more things .... Tudung ... Ya Allah, sekarang ni dah ada macam2 fesyen tudung ... Halfmoon ?
Hoodie ? < eh , betul ka ejaan dia macam 2 >  dan macam2 lagilah ... Tapi Alhamdulillah hati dibah tak terusik pun bila tengok tudung2 2 ... Sebab ? I love my new hijab ... Selesa ... Terasa dilindungi ... BTW, ada good improvement tau, Alhamdulillah ... Yeaaahhh dibah dah mula pakai tudung labuh yg jait tengah 2 ... Rasa senang sikit nak adjustkan dia berbanding tudung labuh yg tak jait tengah 2 ... See ...! Kalau kita nak berubah, Insyaallah Allah akan tolong permudahkan urusan kita ...




Trust me ... Sebelum dibah mula bertudung labuh, dibah pun macam orang lain, pernah pakai macam2 fesyen tudung ... Baju  ...   BUT NOW .... Dibah selesa dengan penampilan yg baru ni ... Dibah still berfesyen tapi simple ... Tak semestinya sebab dah bertudung labuh korang tak boleh nak ambil tau tentang dunia fesyen ... Yg 2 block ... Ni block ... Kita ni kena berfikiran terbuka tau ... Macam dibah, kalau dibah berkenan tudung halfmoon, dibah akan cari tudung halfmoon yg jenis labuh2 2 ... Tak salahkan ? Kita jangan sekat diri kita ... Nanti bila orang cakap bla ... bla ... bla ... tentang fesyen, korang senyap ja ... Pastu nanti bila kena cop kuno, nangis pula ... Haaiiyak,  Time dia orang cakap pasal fesyen, korang pun join ... Then pandai2lah umpan ... Korang kata la ," kalau tudung 2 cam labuh sikit then ada bla ... bla ... bla ..." kan ? People will accept it ... Tak pun, korang try g beli tudung yg dia orang bualkan 2 TAPI yg jenis labuh ... Then pakai, bila dia orang tengok, automatik respon dia orang, "Ooo tudung ni kalau labuh cantik ... Eh boleh digayakan dengan style yg kita nak la  ..." kan ? Haa macam 2 jugaklah dengan baju ... Kalau baju depa macam 2, kita cari baju yg lagu lain ... Nanti mesti dia orang pun macam, " eh bolehlah pakai cardigan labuh dengan dress nie .... Eh match la bila digayakan dengan tudung labuh 2 ... " Nampak ?

Kawan2 ^___^

Kita perlukan antara satu sama lain ... Barulah proses tarbiyah 2 dapat dijalankan ... Bukan secara kasar TAPI cara lembut dan berhemah ... Biar apa yg kita buat 2 meresap jiwa mereka dan dalam masa yg sama dapat mempengaruhi tindakan mereka ... Memang nak tengok orang berubah tak boleh ambil masa yg singkat ... TAPI ... Korang akan nampak perubahan 2 ... Sedikit demi sedikit ... Dibah tau sebab dibah pernah lalui semua ni ... Bagi dibah kita perlu bercampur tak kiralah dengan orang yg bertudung ka tak ... We need each others  ^___^ 
Ehem ... Panjang lebar pula dibah ni bercerita ... Heee tetiba ja ayat mencurah2 keluar dan tangan nie pun mula laju menaip ... Hehehe ... Alhamdulillah ... Setakat ni dibah mampu harungi semua ni dengan baik ... Kadang2 kita tak boleh nak layan nafsu dan perasaan kita ni ... Sebab nanti kalau dok melayan, kita tak mampu nak tetap pendirian ... Kan ? Jadi ignore ja la ... Kadang2 Allah nak uji hamba Dia ... Allah nak tengok sejauh mana hamba Dia kuat untuk harungi segala ujian yg Allah bagi ... Yer tak ? Jadi kitalah yg kena bersangka baik ^___^

OK ... Dibah nak stop sampai di sini ja la yer ... Ada urusan lain yg perlu di selesaikan ... Insyaallah, Nanti kalau ada masa dibah akan cuba update lagi OK ? Take care yer si cumill2 sekalian ...


Ma'assalamah
laila sa’eda wa ahlaam ladida ( selamat malam dan semoga mendapat mimpi yg indah ^__^ )




Tuesday, March 5, 2013

Berjuanglah Wiraku !



ALLAHU AKBAR ..! ALLAHU AKBAR ..! ALLAHU AKBAR ...!






Sesungguhnya sukar untuk dipercayai bahawasanya NEGARA YG TERCINTA ini telah berlaku pertumpahan darah ... Allahu Rabbi ... Engkau selamatkan pejuang2 kami ... Permudahkanlah urusan mereka untuk menumpaskan penceroboh2 2 ... 

Rasa sebak di dada bila melihat apa yg sedang berlaku sekarang ni ... Betulkah semua ni sedang berlaku di Malaysia ... ? Terasa sakitnya hati bila melihat keperitan yg di hadapi ahli keluarga pejuang2 kita yg terkorban ... Sukarnya untuk mereka hadapi kehilangan sekelip mata 2 ... Allahu Rabbi, Engkau berikanlah kekuatan untuk keluarga2 pejuang negara menghadapi kesukaran ni... 

Apakah hikmah disebalik kejadian yg sedang berlaku ni Ya Allah ...?  Hanya Engkau mengetahui sedang apa yg kami tidak ketahui ...

Kadang2 rasa terkilan di hati bila ada pihak yg tidak bertanggungjawab cuba politikkan kejadian yg berlaku ni ... Terlintas di fikiran dibah, manakah sifat perikemanusiaan mereka ni ... Sedang pejuang2 negara kita bertempur, mereka2 ni mengambil kesempatan untuk mengembar-gemburkan perkara2 yg tidak di ingini  ... KEJAM ....! Mereka sedang menari di atas penderitaan orang lain ... Allahu Rabbi, Kenapa perlu ada manusia2 sebegini ...

Tolong jangan sakitkan mata yg melihat ... Tolong jangan sakitkan telinga yg mendengar ... Sesungguhnya kami tak hadap nak dengar apa2 cerita kolot KECUALI tentang perkembangan PEJUANG2 KAMI ....!  Honestly dibah sangat2 marah dengan mereka2 ni ...!

Sesungguhnya Allah tak suka dengan orang yg suka buat kerosakkan ....!!!!!!!! KEROSAKKAN ? Yup ... Mereka yg melakukan  kucar-kacir 2 lah yg sedang membuat kerosakan dengan menambahkan lagi rasa kebenciaan di kalangan masyarakat ...

Dibah harap sangat manusia2 yg suka post bukan2 dekat laman sosial 2,INSAF2LAH ... Jangan tambahkan ketegangan ...! Lebih baik korang salurkan DOA kepada pejuang2 kita supaya mereka sentiasa kuat dan supaya mereka dapat tumpaskan penceroboh2 2 ....

Kepada mereka2 yg suka cakap pandai 2, cuba korang tempatkan diri korang dekat tempat keluarga2 pejuang  yg terkorban 2 ? Bayangkan yg berjuang 2 ayah korang OR abang korang OR pak cik korang ...  Apa yg korang akan rasa kalau kehilangan mereka ? Sedih ? DAN cuba bayangkan lagi apabila korang sedang menangisi kehilangan tetiba ada pihak yg cuba menegangkan keadaan 2 dengan pelbagai tuduhan .. Apa korang rasa ?  INGAT ....! KEHILANGAN NYAWA 2 BUKAN SESUATU YG BOLEH DIPERMAINKAN ...! INI BUKAN PROPA OR SANDIWARA DIMANA YG MATI 2 BOLEH HIDUP BALIK .... NIE REALITI....! 

POST2  korang yg merapu 2 tak akan memberikan apa2 manfaat yg dapat membantu para pejuang ... POSTLAH benda yg baik2 supaya sahabat2 lain pun akan turut serta mendoakan yg terbaik bukan menambahkan kebencian ... Jangan ADD dosa untuk perkara yg sia2 ...

WALLAHU ALAM ...!




" Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir..." 


~ cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik2 pelindung ~

Jom kita doakan supaya Pejuang2 kita selamat menjalankan misi tanpa ada sebarang pertumpahan darah lagi ... Al-fatihah buat mereka yg terkorban ...

Kepada saudara2 dibah yg ada di sabah , " La takhaf wa la tahzan innallaha ma'ana " ( janganlah kamu takut, janganlah kamu besedih hati ... Sesungguhnya Allah ada bersama kita )



Saturday, March 2, 2013

Selamat Tinggal :'(


Malam ini ... Pikiran dibah runsing ... Allah :'(  apa yg tak kena dengan diri aku malam ini ... Kuatkan diri hambaMu ini Ya Allah ...

3 minggu sudah berlalu ... Rasa rindu yg dulunya menebal kini semakin menipis ... Kadang2 dibah bersyukur di tinggalkan sebab dari hari 2 dibah mula berubah ... Tapi kadang2 dibah terpikir kenapa diri dibah ini di tinggalkan untuk kali kedua ...? Nampak sangat dibah masih tak redha dengan semua yg berlaku ini kan ...

Semua ini masih baru dengan dibah jadi dibah harap dibah dapat redha dan lupakan semua ini sedikit demi sedikit ... Sejak beberapa malam ini dibah asyik mimpikan dia ... Kenapa dia perlu muncul dalam mimpi ... Hmmm Adakah sebab dibah rindukan dia atau dia sedang teringatkan dibah ... Teringat ka dia dekat
dibah ?? Wallahu alam ..

Kadang2 rasa sedih 2 bertambah apabila ada insan yg masih mendoakan dibah dengan diri dia ... Dibah hanya mampu tersenyum ... Terima Kasih atas doa 2 ... Tapi dibah yakin perkara yg diharapkan 2 takkan berlaku untuk kali kedua ... Cukuplah hubungan ini sampai di sini sahaja ...
 
Untuk buangkan segala rasa 2 dibah hantar mesej dekat dia tadi dengan berharap hati ini kembali tenang ... Dibah cuma katakan yg dibah harap kita orang akan sama2 berjaya nanti :') Dibah tau yg dia tak mungkin akan reply mesej dibah 2 ... 

Sabarlah wahai hati :'(
Sesungguhnya perasaan ini adalah ujian bagi diriku ...
Semoga Allah akan permudahkan urusan dibah dalam segala hal ...
Selamat tinggal Kenangan ...